Program Wanita Hari Ini (WHI) adalah program bual bicara memfokuskan isu kewanitaan, kanak-kanak dan keluarga keseluruhannya dengan menyediakan pelbagai topik menarik. Kami sangat bersyukur ke hadrat Illahi kerana mendapat kepercayaan untuk berkongsi tentang Platform Kebaikan No 1 di Malaysia iaitu sumbangan.com.
Platform Kebaikan No 1 di Malaysia
Untuk pengetahuan semua, sumbangan.com merupakan sebuah platform yang memudahkan kebaikan dengan cara menghubungkan antara penyumbang untuk bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
Bagaimana tertubuhnya platform sumbangan.com?
Menurut pengasas platform sumbangan.com, Zharif Johor,telah berkongsi bagaimana tertubuhnya platform sumbangan.com. Katanya, “Kami mewujudkan platform ini masa PKP pertama, masa ini kami merasakan perlu ada satu platform yang telus dan boleh menyalurkan bantuan kepada rakyat yang terjejas pada ketika itu.”.
“Pada awal platform ini ditubuhkan, kita telah berjaya mengumpul 4 transaksi dengan jumlah RM20.00 dan Alhamdulillah selepas 21 bulan beroperasi, kami berjaya mengumpul lebih 700 ribu transaksi dengan jumlah sumbangan melebihi RM 20 juta. Kita telah berjaya mendapat kepercayaan yang sangat memberangsangkan daripada rakyat Malaysia.”
“Seperti yang saya kata, sumbangan.com hanyalah sebuah platform. Kita hanya mengurus transaksi ini dan serahkan wang sumbangan orang ramai kepada NGO – NGO yang berdaftar dengan kita untuk mereka menyalurkan kebaikan. Peranan kami adalah untuk memudahkan kebaikan. Sekarang, Kita mempunyai lebih tiga ratus NGO berdaftar dan lebih seribu kempen di dalam platform ini.”
sumbangan.com adalah One Stop Centre.
Tidak lupa duta khas sumbangan.com iaitu Irma Hasmie, merupakan seorang pelakon, ikon sukarelawan dan ikon muslimah. Irma Hasmie turut berkongsi sumbangan.com adalah one stop centre untuk berbuat baik. Sistem yang telus dan tak perlu ragu-ragu lagi untuk membuat kebaikan.
Kenapa Irma Hasmie memilih sumbangan.com?
Bila ditanya kenapa beliau memilih sumbangan.com, jawabnya, “Ada pelbagai cara kita nak buat baik dalam platform ni, kita boleh sedekah, wakaf, zakat, korban dan juga akikah. Semua ini dalam satu platform sahaja. Akan datang, InsyaAllah sumbangan.com akan hadir dengan umrah dan juga haji pada akhir tahun ini.
Di dalam platform sumbangan.com, kita mempunyai pelbagai kategori pilihan untuk penyumbang sendiri membuat kebaikan, mereka boleh pilih sama ada kategori masjid, pendidikan, kesihatan, anak yatim dan lain-lain. Antara kelebihan platform ini adalah adanya
features yang memudahkan penyumbang membuat carian. Pilih kategori, pilih kempen dan buat menyumbang secara online. Mudah kan?”
Siapa yang mendapat manfaat daripada platform sumbangan.com ini?
Semestinya yang pertama adalah penerima itu sendiri. Duit penyumbang akan disalurkan kepada mereka. Kedua adalah penganjur kempen, mereka tak perlu buat platform baru dan boleh guna platform sumbangan.com dengan Zero Kos. Dan yang ketiga adalah penyumbang, kita boleh track record berapa banyak sumbangan sepanjang menggunakan platform kebaikan no 1 di Malaysia.
Seperti yang dikongsi oleh pengasas platform sumbangan.com, Zharif Johor. Kita mempunyai lebih 300 NGO yang berdaftar. Antara NGO-NGO yang kita biasa dengar:
- Yayasan Ikhlas
- PPIM
- Muslim Care
- Yayasan Basmi Kemiskinan
- Dan banyak lagi NGO NGO bersama kami
Kenapa perlu menyumbang di platform sumbangan.com?
Untuk pengetahuan semua, setiap kempen di dalam platform sumbangan.com ada target, penyumbang boleh tahu dengan lebih jelas berapa sasaran yang diperlukan. Dan yang menariknya penyumbang juga boleh memantau perkembangan kempen tersebut.
Contohnya kempen Sedekah di Mekah, dengan duit sumbangan yang disalurkan kita telah menyediakan lebih seribu pek makanan untuk diagihkan dan semua perkembangan ini akan sentiasa di update dalam platform ini. Jadi penyumbang tahu ke mana duit mereka disalurkan. InsyaAllah.
Apa harapan sumbangan.com?
Kami akan sentiasa memastikan yang kita relevan pada masa kini dan juga akan datang sejajar dengan peranan utama kami iaitu memudahkan kebaikan dan untuk menjadi Platform Kebaikan No 1 di Malaysia. Layari sumbangan.com, Jom buat baik hari ini.