Gelisah, murung, hati tidak tenteram, banyak masalah?

Kita sebagai manusia biasa sememangnya tidak lari dari masalah. Namun, cara kita menghadapi masalah masing-masing adalah berbeza. Apabila buntu kerana tidak jumpa jalan penyelesaian, secara tidak langsung kita akan tidak senang duduk kerana berterusan memikirkan masalah yang tidak pernah habis.

Kita mungkin tidak perasan, pada hakikatnya fikiran yang berselirat serta hati yang gundah adalah punca diri tidak dapat berfikir secara rasional.

Oleh itu, untuk e-book kali ini, sumbangan.com sediakan khusus kompilasi surah, hadis serta doa-doa untuk hati yang gelisah!

E-book ini boleh dikongsikan melalui pautan ini ke media sosial, atau boleh juga dimuat turun dan dicetak untuk di simpan di dalam kenderaan bagi kegunaan bersama.

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment