Setiap insan yang dilahirkan sebagai Muslim, sebagaimana mereka yang memeluk Islam pasti memiliki keinginan untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah. Sihat, sakit, miskin, kaya, berilmu ataupun tidak, semuanya mempunyai impian yang satu bagi menunaikan rukun Islam kelima.

Meskipun begitu, seperti yang kita faham melalui rukun Islam kelima merujuk kepada mereka yang berkemampuan, maka mereka yang kurang harus bekerja keras sekiranya perlu demi mencapai cita tersebut agar dapat merasai nikmatnya dekat dengan Allah SWT.

Penyakit misteri membawa kepada dirinya terlantar selama dua tahun.

Justeru diceritakan kisah arwah saudara Rafiq yang mempunyai fizikal yang lemah akibat penyakit misteri membawa kepada dirinya terlantar selama dua tahun lamanya. Selama itulah ibunya yang telah menjaga keperluannya serta merawatnya. Besar jasa ibunya tidak dapat dibalas dengan keadaan dirinya sebegitu.

Arwah saudara Rafiq memiliki hasrat yang mendalam untuk melaksanakan ibadah umrah oleh kerana penyakitnya itu pada amatnya tiada penghujung meski dirinya berterusan mendoakan sebaliknya.

Impian yang boleh dikatakan begitu besar itu seiring dengan nekadnya untuk mengecapi kesembuhan diri sendiri supaya dapat membantu keluarga. Oleh yang demikian, PPIM dengan kerjasama Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd telah mengambil langkah untuk merealisasikan niat baik arwah saudara Rafiq dengan membuka tabung infak buatnya.

Alhamdulillah kerana segalanya dipermudahkan dengan kutipannya berjaya mencapai sasaran tepat pada waktunya. Walau bagaimanapun, manusia hanya boleh merancang, tapi Allah SWT yang menentukan. Arwah saudara Rafiq ditakdirkan pergi menghadap Ilahi sebelum sempat dirinya merasa menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah.

Dengan demikian, sumbangan yang telah diniatkan untuk diberikan khusus untuk ibadah umrah arwah telah digunakan bagi upah haji ke atasnya dan selebihnya disalurkan kepada keluarga arwah bagi meringankan beban mereka.

Semoga arwah saudara Rafiq ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin insya-Allah.

Jom #BuatBaik di sumbangan.com!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment