Berbaki kurang satu bulan lagi waktu untuk kita mempersiapkan diri untuk bertemu dengan bulan mulia, bulan Ramadan.
Menurut Saidatina Aisyah, Rasulullah SAW dilihat banyak berpuasa di bulan Syaaban. Kata beliau:
“…dan aku juga tidak melihat beliau banyak berpuasa seperti puasanya di bulan Syaaban.” (Sahih al-Bukhari)
Sebagai umat baginda yang lemah, kita mungkin tidak dapat menyempurnakan puasa sunat sepanjang Syaaban ini, namun, kita masih boleh mencuba untuk berpuasa di hari-hari tertentu seperti puasa Isnin & Khamis dan puasa pada tarikh-tarikh hijriyah (13,14, & 15).
Selain itu, kita juga boleh memperbanyakkan amalan sunat yang lain seperti sedekah.

Dengan kita memulakan tabiat bersedekah dari sekarang, insya-Allah kita tidak akan terlupa sedekah sepanjang Ramadan nanti!
Sebagaimana kita sedar bahawa segala amal baik yang dilaksanakan pada bulan Ramadan kelak akan dilipatgandakan pahala. Masya-Allah.

Semoga usaha kita untuk meneruskan amal soleh pada bulan ini akan berkekalan hingga ke bulan Ramadan.
Jom #BuatBaik!
sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.