Sekarang kita mungkin terasa berat untuk keluarkan duit untuk melaksanakan korban, tapi percayalah pada hakikat yang Allah SWT akan beri ketenangan kepada mereka yang sanggup melaksanakan ibadah dengan penuh keikhlasan.

Seperti yang kita tahu, korban bukan hanya sekadar sembelihan, tetapi bukti sebenar takwa dan kasih kita kepada-Nya. Ia adalah warisan pengorbanan agung Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s. iaitu satu kisah yang kekal menjadi simbol ketaatan sejati hingga ke hari ini.

Tambahan pula, harta yang kita ada juga adalah pinjaman dari-Nya. Jadi kenapa perlu merasa berat untuk berkongsi sedikit dari rezeki yang dipinjamkan kepada kita?

Dengan melaksanakan ibadah korban, bukan sahaja kita mensucikan harta, malah kita memberi peluang kepada mereka yang jarang merasa nikmatnya daging untuk turut bergembira di hari mulia. Masya-Allah.

Semoga dengan korban tahun ini, Allah limpahkan kita dengan rezeki yang lebih luas, kesihatan yang baik, dan hati yang tenang dalam mengejar redha-Nya.

Korban Lebih Mudah, Pahala Lebih Dekat Bersama korban.sumbangan.com.

Author

Write A Comment