Meskipun kepenatan akibat kesesakan di jalanan ketika pulang ke kampung mahupun ketika pergi menziarah sanak-saudara, bibir masih tetap tidak lekang dengan senyuman dan ungkapan maaf kerana Syawal merupakan bulan bahagia dan penuh keampunan sesama muslim.

Dalam kita asyik beraya, percaya atau tidak, ada antara kita yang sedang menyusun jadual untuk mereka mula berpuasa sunat 6 Syawal supaya tidak bertindih dengan hari jemputan rumah terbuka!

Kerana, mereka tahu perlunya keseimbangan dunia dan akhirat, bermakna walaupun berpuasa, jemputan raya masih perlu dilunaskan bagi menjaga tali silaturrahim yang terbina.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“Sekiranya seseorang daripada kamu dijemput menghadiri jamuan makan, sedangkan ia sedang berpuasa, maka hendaklah ia berkata: sesungguhnya aku sedang berpuasa.”

[Riwayat Muslim]

Sesungguhnya, selagi ia tidak membebankan tuan rumah, maka lebih afdhal untuk meneruskan puasa tersebut. Sekiranya ia membebankan tuan rumah sehingga kemungkinan berlaku pembaziran, maka lebih afdhal untuk membatalkan puasanya bagi menjaga perasaan dan secara tidak langsung dapat menyenangkan hatinya. 

Insya-Allah, sementara masih ada berbaki beberapa hari lagi, ayuh kita mula berpuasa sunat 6 hari Syawal di samping perbanyakkan sedekah sebagaimana amalan kita di bulan Ramadan!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.  

Author

Write A Comment