Ramai antara kita yang seringkali memandang rendah terhadap anak-anak yatim oleh sebab sifat manusia yang tidak gemar akan perbezaan.
Ada yang menganggap kewujudan ibubapa dalam kehidupan seseorang adalah suatu perkara yang normal dan sering meminggirkan mereka yang tiada. Sedangkan anak yatim bukanlah dilahirkan sepertimana kita, dan bukanlah dilahirkan sebagai pendosa untuk dibezakan.
Namun, oleh sebab kebanyakan mereka dibesarkan dalam suasana yang berbeza, tidak di bawah orang yang dikenali, gaya hidup mereka juga tidak seperti yang lain.
Pada hakikatnya, ia disebabkan pusat-pusat jagaan kebiasaannya beroperasi melalui sumbangan orang ramai dan jarang antara pusat sebegitu mempunyai dana yang cukup tanpa bantuan luar. Oleh itu, mereka akan sering kekangan kewangan kerana harus berkongsi dengan jumlah penghuni rumah yang ramai dan secara tidak langsung banyak keperluan yang tidak mencukupi.
Rumah Kebajikan Asnaf Al Barakh merupakan salah satu rumah kebajikan yang menerima mereka anak-anak yang ketiadaan ibubapa, asnaf, dan ada juga yang datang dari keluarga yang bermasalah. Pengasas rumah kebajikan tersebut telah mendirikan tempat tersebut dengan niatnya hanya satu, iaitu bagi memberi peluang kepada anak-anak ini supaya mereka boleh mendapatkan pelajaran selayaknya mereka di saat mereka masih lagi membesar.
Walau bagaimanapun, pengoperasian sesebuah pusat penjagaan tidaklah semudah ABC, seiring dengan setiap manusia datang bersama keperluannya. Dengan anak-anak yang dipelihara di rumah kebajikan tersebut yang datang dari keluarga susah, Rumah Kebajikan Asnaf Al-Barakh hanya mampu berharap dengan kesudian para dermawan di luar sana untuk menghulurkan sedikit sebanyak rezeki buat mereka.
Dalam masa yang sama, Rumah Kebajikan Asnaf Al Barakh telah menjalankan kempen bagi menyokong pihak pengurusan dalam menampung kos operasi serta keperluan anak-anak di situ. Dengan hidup kita sekarang juga sudah dikelilingi teknologi canggih dan semuanya hanya di hujung jari, alhamdulillah para penderma juga ramai yang menyumbang kepada kempen ini melalui platform sumbangan.com.
Berkat dari sumbangan ramai, syukur kutipan untuk kempen tersebut telah berjaya mencapai sasaran dan pihak pengurusan Rumah Kebajikan Asnaf Al Barakh juga dapat menggunakan dana tersebut untuk kerja-kerja pembaikian serta naik taraf.
Jom #BuatBaik di sumbangan.com!
sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikanš¤