Adakah ada di antara kita yang tidak menginginkan doanya dikabulkan?

Di setiap sujud, di setiap doa yang kita tadahkan, pasti kita turut selitkan usaha bagi merealisasikan hajat meskipun kita tahu bahawa jika dimakbulkan pasti dalam jangka masa yang panjang ataupun serta-merta.

Semuanya bergantung kepada perancangan Allah SWT, Yang Maha Mengetahui.

Namun, itu tidak menjadi tiket untuk kita berlengah dalam meminta kepadaNya kerana makin kuat kita berusaha, makin jelas Dia nampak kesungguhan kita.

Sesungguhnya Allah SWT ada berfirman,

“Dan Tuhanmu berfirman: ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.'” – [QS. Al-Mu’min:60]

Dalam e-book kali ini, sumbangan.com ingin berkongsi dengan para dermawan dan pembaca sekalian melalui doa-doa ini supaya boleh mendorong agar doa kita diperkenankan, insya-Allah.

Kami amat menggalakkan para pembaca sekalian untuk turut sebarkan e-book ini kepada lebih ramai lagi muslim di luar sana agar lebih ramai boleh menerima manfaat darinya.

Jom #BuatBaik bersama sumbangan.com!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan

Author Admin

Write A Comment