Air merupakan salah satu sumber hidup manusia, bahkan semua hidupan termasuk haiwan dan tumbuhan. Ada beberapa kajian yang berpendapat manusia hanya boleh hidup selama 3 hari tanpa ketiadaan air, namun ia bergantung kepada faktor persekitaran juga.
Rekod terlama seseorang boleh hidup tanpa air adalah 18 hari dan itu terjadi kepada seseorang yang dipenjarakan dan tidak diberi air atas faktor kecuaian pihak pengurusan. Penjaranya yang dibina tanpa sumber cahaya matahari dan tertutup menyebabkan dia terhindar dari penggunaan air yang banyak dari badannya. Lain pula sekiranya hal yang sama berlaku kepada seseorang yang sering aktif dan beraktiviti di bawah terik matahari.
Tambahan, kandungan dalam badan kita terdiri daripada 65% air yang menyebabkan manusia masih boleh bertahan walau tanpa makanan, kecuali makanan tersebut mengandungi air, semestinya boleh menjadi pengganti air.
Sebagaimana pentingnya air, keperluan telaga di sesetengah kawasan pendalaman adalah penting apabila sumber air hanya boleh didapatkan melalui tanah yang digali. Akan tetapi, tidak bertamadun kiranya jikalau mereka harus berterusan menggali tanah untuk mendapatkan air. Oleh itu, pentingnya wujud telaga air di tempat-tempat yang tidak mempunyai sistem saliran air yang bersesuaian bagi memudahkan penduduk setempat.
Pertubuhan Kemanusiaan Tanpa Sempadan atau nama lainnya Borderless Humanity telah menjalankan kempen untuk binaan telaga air bertujuan membantu ummah lebih-lebih lagi kepada penerima manfaat di Pusat Pengajian Ulum Arabiah dan Pondok Warga Emas yang terletak di Kg Sungai Darak di Kuala Ketil, Kedah.
Di kawasan-kawasan ini sering kali terputus bekalan air dan tekanan airnya sangat rendah dan hal ini boleh menimbulkan banyak masalah serta ketidakselesaan antara penduduk setempat. Oleh sebab isu ini bukan berlaku sekali dua, tetapi sudah berulang kali, pihak Ulum Arabiah berasa bertanggungjawab untuk menyediakan dana bagi penambahbaikan serta penambahan saliran air.
Alhamdulillah melalui kempen yang dijalankan ini, pihak Ulum Arabiah berjaya membina telaga air baru yang disambungkan bagi kegunaan pelajar dan kepada penduduk setempat. Insya-Allah.
Syukur atas sumbangan yang diterima juga telah membawa para pelajar serta warga emas menjalani hidup dengan lebih tenang.
Jom #BuatBaik di sumbangan.com!
sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikanš¤