Mekah, sebuah bandar suci yang terletaknya di sebelah barat semenanjung Arab, Arab Saudi, berkisarkan sejarah besar Islam pada zaman Rasulullah SAW, menjadikan Kaabah satu-satunya kiblat umat Islam. Tempat yang membawa muslim di seluruh dunia, tidak kira dari benua mana sekalipun, dengan izin Allah SWT untuk menunaikan rukun Islam kelima, juga mengejar keberkatanNya.

Besar pahala sebar amalan di Kota Mekah

Umat Islam pada dasarnya sentiasa berusaha berlumba mengejar ganjaran dari Allah SWT lebih-lebih lagi yang datangnya dari Kota Mekah. Ada yang tidak berkesempatan untuk menjejakkan kaki di tanah suci ini, namun masih berpuas hati apabila dapat bersedekah kepada mereka yang beribadah di sana kerana mengharapkan pahala dari kebaikan tersebut akan berterusan mengalir dan berlipat ganda lagi. Apatah lagi apabila ikhlas.

Jika kita boleh berasa puas dengan memberi kebahagiaan kepada orang lain, ketika itulah keikhlasan dalam diri kita muncul. Ikhlas yang ramai meragui kewujudannya, atau yang ramai beranggapan sudah diperoleh melalui perkongsian rezeki kepada orang lain. Begitu juga pahala. Tetapi, apa yang kita tidak tahu tentang pahala adalah ia akan menjadi lebih besar apabila kita berkongsi rezeki dengan mereka yang turut mengejarnya, seolah-olah kita memberi harta fi sabilillah (di jalan Allah), ibarat dahan pepohon yang bercabang dan tumbuhnya daun-daun baharu.

Oleh itu, mereka yang tegar mencari peluang mengejar rahmatNya telah membuka jalan besar bagi orang-orang mukmin yang dermawan. Kempen yang dibuka khas buat mereka yang ingin menginfakkan serba sedikit harta yang dipinjamkan buat muslimin muslimat yang berpuasa pada Isnin dan Khamis di Kota Mekah.

Alhamdulillah dengan kutipan hasil dari pembukaan kempen tersebut, ramai para jemaah di sana serta penduduk yang kurang bernasib baik terima manfaat yang diagihkan.

Semoga kebaikan yang dilakukan akan istiqamah agar lebih ramai lagi dapat merasa manfaatnya.

sumbangan.com,
Memudahkan KebaikanšŸ¤

Author

Write A Comment