Dalam beberapa hari sahaja lagi, insya-Allah, kita bakal menyambut Hari Arafah, diikuti Hari Raya Korban.

Hari-hari di mana umat Islam mengejar pahala kerana luasnya medan kebajikan. Apatah lagi hari Arafah yang merupakan salah satu dari rukun Haji yang mengumpulkan jemaah dari seluruh pelosok dunia di sana bagi mengagungkan Allah SWT.

Tambahan, Hari Arafah juga hari pengampunan dosa bagi mereka yang berterusan memohon ampun dan hari di mana mustajabnya doa-doa yang dilangitkan.

Subhanallah…

Apalagi kalau kita membesarkan hari berikutnya (Hari Raya Aidiladha) dengan ibadah korban! Janganlah kita terlepas hari-hari pengurniaan pahala ini sepi tanpa ibadah-ibadah yang digalakkan.  

Pada detik-detik terakhir ini, ayuh daftarkan korban anda dengan harga yang berpatutan dan bermacam pakej sesuai ekonomi!

Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang memanfaatkan hari-hari terbaik ini dengan amal jariah termasuk sedekah dan ibadah korban. 

Korban Tanda Syukur bersama sumbangan.com.

Author

Write A Comment