40 peratus dari keseluruhan warga di Pakistan hidup di bawah garis kemiskinan dan sekitar 95 juta penduduknya yang hidup dalam kemiskinan, menurut akhbar Sinar Harapan bertarikh September 25, 2023.
Peratusan tersebut menjelaskan betapa ramai di antara mereka yang hidup sebagai pelarian, tidak ditambah lagi peningkatannya apabila musim banjir menjengah. Sebagai sebuah negara Islam, mereka yang pelarian sentiasa berdepan kesulitan apabila ingin beribadah.
Waktu kita beribadah adalah waktu kita mempersembahkan diri dalam keadaan suci di hadapan Tuhan, yang mana kita disyariatkan untuk berpakaian bersih dan suci. Namun begitu, dengan keadaan mereka sebagai pelarian yang tidak mepunyai tempat tinggal yang tetap serta segala akses kepada hak asasi manusia juga terhad, beribadah dalam keadaan bersih adalah mustahil.
Selari dengan pertumbuhan masyarakat Islam yang meningkat saban tahun, Islam turut pesat berkembang sebagai agama di dunia. Ini menyebabkan keperluan masjid adalah lebih tinggi untuk menampung umat Islam yang akan menggunakannya untuk beribadah terutamanya selain menjalankan aktiviti-aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan dan ukhwah.
Justeru pentingnya sebuah masjid ditubuhkan khusus buat saudara Islam di Pakistan bagi menyenangkan mereka mendekatkan diri kepada Allah SWT meski dalam hidup yang dilalui rumit.
Pihak PPIM yang prihatin akan situasi yang berlaku di sana telah memilih kawasan di Buneyr, Khyber Pakhtunkhwa (KPK), Pakistan untuk membina masjid dua tingkat dengan ruang simpanan bawah tanah dan tempat letak kereta. Tambahan, masjid ini juga akan dijadikan pusat pembahagian makanan kepada para pelarian di kawasan tersebut.
Kelas untuk pengajian al-Quran dan hadis juga akan diadakan di masjid tersebut yang bakal dibina melalui kempen yang telah dijalankan di sumbangan.com. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana hasrat mereka bakal tercapai berkat para pemurah yang tidak putus menderma di kempen tersebut.
Insya-Allah dengan rezeki yang dikongsikan menjadi asbab mendapat naungan pada hari akhirat kelak.
Jom #BuatBaik di sumbangan.com!
sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.