Seorang pesakit yang menderita kegagalan buah ginjal sering kali mengalami pelbagai komplikasi setelah mereka menjalani hemodialisis. Proses pencucian ginjal itu dibuat melalui sumbatan wayar ke dalam laluan khusus yang dibuat ke dalam lengan (antara arteri dan urat) membentuk fistula.

Namun, ini secara tidak langsung boleh mengakibatkan benjolan fistula semakin besar apabila dilakukan secara kerap, dan besar kemungkinan boleh membawa maut sekiranya tidak dirawat.

Dengan tubuhnya yang kecil, Nurul Huda ini boleh dikatakan seorang yang mempunyai semangat yang kental dalam melawan penyakit yang begitu berat untuk ditanggung sendirian. Selama 10 tahun lamanya dirinya bertarung nyawa menggunakan fistula tersebut pada lengan kirinya, akhirnya ia pecah 3 tahun yang lalu dan telah pun dilakukan pembedahan bagi menutupnya.

Walau bagaimanapun, benjolan tersebut katanya semakin membesar dan kulitnya dilaporkan semakin menipis akibat benjolan fistula tersebut dan memberi risiko yang tinggi untuk pecah buat kali kedua.

Melihatkan laporan yang diberikan berkenaan rawatan yang bakal diterima oleh Nurul Huda serta jumlah kos keseluruhannya, benarlah ia terlalu berat untuk dirinya memikul beban tersebut sendirian. Sejumlah lebih RM10,000 yang bukanlah sedikit, tetapi terlampau besar.

PPIM yang terkenal dengan pelbagai aktiviti kesukarelawanan yang telah dijalankan, setelah menemui Nurul Huda, pihak PPIM berasa bertanggungjawab untuk membantu beliau. Lalu, mereka telah membuka sebuah kempen kutipan dana bagi membiayai rawatannya dengan harapan dapat meraih simpati para budiman dan dermawan.

Sebesar-besar jumlah yang diperlukan, besar lagi rezeki yang dikurniakan apabila kempen tersebut telah berjaya mencapai sasaran dalam masa yang singkat, malah telah mengutip lebih dari sasaran asal.

Berkat rezeki yang dikongsikan dari para penderma, segalanya berjalan dengan lancar. Semoga kita sentiasa diberi kekuatan untuk berterusan menghulurkan bantuan.

Jom #BuatBaik di sumbangan.com!

sumbangan.com,
Memudahkan KebaikanšŸ¤

Author

Write A Comment