Kita sering dianjurkan untuk bersedekah, tidak kira sekecil manapun rezeki yang dapat dikongsikan. Memuliakan orang yang kurang dari kita, meski kita sendiri sentiasa kekurangan, amatlah disayangi Rasulullah SAW.

Isu sedekah jika ingin dibahaskan memang tidak akan pernah habis kerana sifat manusia tidak sempurna. Justeru, kita sentiasa mempersoalkan sesuatu walaupun hal itu baik untuk kita.

Aturan Fiqih ketika Galian Kuburan Mengeluarkan Air

Namun, pernahkah kita mempersoalkan tentang sedekah setelah kematian ahli keluarga atau saudara-mara terdekat sama ada ketika tahlil atau ziarah keluarga si mati?

Jika diteliti, sedekah sendiri adalah suatu amalan yang amat mulia, dan lebih mulia apabila disampaikan kepada keluarga si mati dengan berniatkan pemberian tersebut sebagaimana tujuan asalnya; bagi meringankan beban keluarga yang ditinggalkan dan digunakan bagi keperluan utama seperti membayar hutang si mati.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, RasulullahSAW bersabda,

”(Roh) seorang mukmin itu tergantung-gantung (tertahan) dengan sebab hutangnya sehinggalah dibayar hutangnya.” 

(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

mylife myjourney myway: Raya Ke3 @ Kenduri Arwah & Tahlil

Tahlil ini lazimnya diadakan paling lama selama 40 hari dan ada juga yang sehingga 100 hari, bukanlah berasal dari zaman nabi SAW. Akan tetapi, masyarakat kini lebih-lebih lagi di kawasan pedalaman sentiasa memberatkan keluarga si mati dengan pendapat mereka seolah-olah perkara tersebut adalah wajib.

Ada golongan tua yang berpendapat bahawa jumlah berapa sekalipun yang diterima pada ketika itu adalah untuk si mati sahaja, untuk kelangsungan majlis tahlil; pelaksanaan kenduri bagi majlis tahlil. Dan ada yang berpendapat bahawa keluarga si mati sama sekali tidak dibenarkan menyentuh duit sedekah tersebut melainkan untuk tujuan barkaitan si mati.

Allahu.

Cikgu Zuhairi Manong: Kenduri sebelum bulan puasa

Walhal ianya lebih baik jika disimpan bagi melunaskan keperluan hidup kerana keluarga yang ditinggalkan masih perlu meneruskan hidup. Cukuplah sekadar santapan ringan dan bersederhana sahaja untuk menjamu jemaah tahlil yang hadir.

Tambahan, hukum mengadakan majlis tahlil arwah adalah harus. Apa pun, wajar untuk kita adakan majlis mengikut kemampuan dan bukanlah mengikut apa yang manusia perkatakan.

Sesungguhnya ajal itu rahsia Allah SWT. Jadi ada baik kiranya kita persiapkan bekalan akhirat secukupnya agar dapat bertemu-Nya dengan hati yang tenang.

“Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).”

[Surah Al-‘Ankabut: 57]

Insya-Allah sama-sama kita #BuatBaik di sumbangan.com!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment