Berikutan berita dari pelbagai saluran media, statistik terbaru mengenai peratusan warga emas kini kian meningkat dan secara tidak langsung telah menjadikan negara Malaysia antara negara yang sedang beranjak ke arah negara tua. Menurut Harian Metro yang bertarikh 26 April tahun ini, peratusan warga emas di negara kita telah meningkat kepada 7.3 peratus pada tahun 2022 berbanding 7.0 peratus pada tahun 2021.

Meski tidak semua antara warga emas adalah terabai oleh keluarga, namun buat mereka yang terbabit, adalah wajar bagi kita sebagai manusia yang disarankan mambantu mereka yang kesusahan untuk meringankaan beban mereka seberapa yang boleh. Lebih-lebih lagi sekiranya warga emas tersebut mempunyai penyakit yang kritikal.  

Ini bukan sahaja tentang warga emas yang terabai, namun juga termasuk mereka yang dari golongan asnaf dan mempunyai keluarga, namun tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi bagi menyediakan alat kelengkapan yang sesuai di rumah ketika sakit. Buat mereka yang menghabiskan baki hidup mereka di pusat perlindungan, segala keperluan berkemungkinan besar adalah terhad.

Meski sudah di usia senja, mereka tetap manusia biasa yang mengimpikan keselesaan dan berteman. Tetapi, apabila ketiadaan infrastruktur yang sesuai untuk bergerak ataupun tidak dapat berehat dengan selesa, ia boleh menghalang niat mereka.

Lantaran, mengenangkan nasib mereka ini, Persatuan Kebajikan Prihatin Rakyat Batu Pahat telah merealisasikan hasrat mereka dengan menyumbang katil serta kerusi roda hasil dari kutipan dana dari mereka yang prihatin menerusi platform sumbangan.com.

Alhamdulillah dengan sasaran kempen yang sudah tercapai, kerusi roda telah diagihkan kepada penerima manfaat dan ini amat membantu mereka yang sebelum ini sukar bergerak untuk bersosial bersama masyarakat sekeliling. Begitu juga buat penerima katil. Kini mereka sudah dapat berehat dengan selesa lebih-lebih lagi buat warga emas yang mempunyai tulang yang rapuh atau penyakit-penyakit lain yang kritikal.

Semoga para penderma sentiasa diberikan rezeki yang luas untuk berbagi kepada asnaf atau mereka yang lebih memerlukan. Amin insya-Allah.

Jom #BuatBaik di sumbangan.com!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan🤍

Author

Write A Comment