Muallaf adalah ibarat bayi yang baru dilahirkan oleh kerana dosa lama yang dilakukan sewaktu jahil sudah tidak lagi dikira pada saat mereka melafazkan dua kalimah syahadah.

Mereka inilah yang pada awal pengenalan kepada Islam perlu dibimbing dengan terus menerus dalam suasana yang positif supaya mereka kekal bermotivasi.

Suasana yang imarah dengan ceramah, aktiviti-aktiviti keagamaan akan dapat membantu mereka meningkatkan iman, serta ukhuwah yang terjalin antara jemaah yang sama-sama hadir dapat menyingkirkan rasa keterasingan.

Di sebuah kawasan kependudukan di Keningau, Sabah iaitu Kampung Sumbiling Baru, lebih 200 orang muallaf yang tinggal di sana, yang mengimpikan sebuah surau bagi memudahkan segala kerja-kerja perkongsian agama buat mereka yang masih terkapai-kapai supaya mereka tidak terbabas dari jalan yang benar, tambahan dengan surau terdekat mereka berada di pekan. Sungguh merumitkan.

Hal ini sering terjadi dalam proses mendekatkan diri kepada Allah SWT kerana pada ketika itulah semakin kuat godaan serta masalah yang mendatang untuk menguji tahap keimanan mereka.

Dengan itu, pihak Iltizam Relief Society telah melakukan inisiatif untuk menjalankan kempen kutipan dana sebagai langkah awal pembinaan surau tersebut. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana segalanya bergerak lancar.

Hasil kutipan yang amat menggalakkan dari para penderma sumbangan.com telah memberi harapan buat para penduduk setempat untuk mengimarahkan surau tersebut kelak. Lebih-lebih lagi, pembinaan surau tersebut bukan hanya ditunggu-tunggu oleh muallaf dari Kampung Sumbiling Baru sahaja, malah turut dinantikan oleh penduduk mullaf di Kampung Mentatap juga!

Subhanallah, besar ganjaran buat para penderma kerana ramai yang memanfaatkan hasilnya untuk kebaikan.

Mudah-mudahan dengan semangat buat para jemaah yang bakal memenuhi surau tersebut akan terus kekal demi mengejar ilmu akhirat.

Jom #BuatBaik di sumbangan.com!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan🤍

Author

Write A Comment