Dalam memperingati setahun sejak peperangan panjang ini bermula, bersama kita melangitkan Al-Fatihah untuk para syuhada yang terkorban, tidak kira sama ada di mata peluru zionis, atau dari penyeksaan mereka yang memedihkan.

Di awal peperangan, seluruh umat manusia masih ‘lost’ untuk menunding jari, tidak tahu yang mana mangsa dan pemangsa. Yang mana benar dan yang mana salah. Namun, setelah bertubi-tubi tembakan yang dilepaskan tanpa balasan yang sama, siapa sahaja boleh ‘celik’ untuk faham apa yang dimaksudkan melalui peperangan yang berpanjangan ini.

Sehingga kini, telah lebih 42,000 tol kematian direkodkan di Palestin, namun masih juga tiada tanda-tanda bahawa pihak zionis akan melakukan gencatan senjata. Seolah-olah nyawa manusia itu tiada harga, mereka melancarkan tembakan dan hujan peluru yang pedih menghujani saudara-saudara kita di Gaza.

Dari satu tempat ke satu tempat, mereka tidak lagi tahu ke mana harus dituju untuk mendapatkan perlindungan, sementara kita (dunia) – hanya boleh melihat dari kaca tv dan tidak mampu berbuat apa-apa selain berdoa dan hulurkan sumbangan melalui badan-badan kemanusiaan.

Yang paling menyedihkan, peperangan ini bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat di sana, tapi turut meragut nyawa para wartawan yang menjadi perantara kepada dunia, dan juga para pasukan kemanusiaan yang menyampaikan bantuan.

Ini telah mengakibatkan halangan untuk para wartawan menyampaikan berita semasa, serta bantuan kemanusiaan juga terjejas, dan secara tidak langsung menyisihkan Gaza dari dunia luar.

Sedarlah, sedang dunia hanya mampu memperingati ulang tahun tercetusnya konflik ini, jelas sekali saudara-saudara di sana berterusan sengsara di bawah peperangan yang teramat kejam pada era ini.

Peningkatan tol syahid bukanlah sekadar angka, tetapi adalah bukti kehilangan, esakan, kecekalan saudara kita di sana, dan tuntutan untuk para pemimpin dunia supaya segera mengambil tindakan.

Oleh itu, dalam pada mereka masih kuat berjuang, kita juga perlu berjuang untuk terus memboikot jenama-jenama terkemuka yang menyokong genocide, supaya tidak menjadi ‘penyumbang’ yang tidak langsung dalam serangan ini.

Berjihadlah cara kita.

From the River to the Sea, Palestine will be Free.

Hasbunallah Wani’mal Wakiil.

Jom #BuatBaik!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment