Bulan Rabiulakhir merupakan bulan turunnya Surah Al-Hasyr yang menceritakan tentang kaum Yahudi.
Bani Nadhir adalah bani yang begitu licik, sanggup menikam belakang Rasulullah SAW dengan menjalinkan hubungan sulit dengan orang munafik dan musyrikin untuk membunuhnya dengan menggugurkan batu dari atas sebuah rumah yang sedang baginda SAW berehat.
Baginda SAW kemudiannya diberitahu tentang perancangan jahat itu melalui Malaikat Jibril AS yang diutuskan Allah SWT, lalu bergegas pulang ke Madinah untuk mengkhabarkan berita tersebut kepada para sahabat yang lain, lalu memutuskan untuk mengusir Bani Nadhir dari Madinah oleh sebab mereka melanggar perjanjian damai bersama Rasulullah SAW.
Bani Nadhir yang termakan hasutan pihak munafik, telah berterusan menentang, namun pada akhirnya membawa kepada penyerahan diri setelah 15 hari bertahan oleh sebab kaum munafik sama sekali tidak pedulikan mereka.
Begitulah perginya kaum Yahudi itu dengan sebahagian menuju ke perkampungan Khaibar, manakala sebahagian lagi ke negeri Syam (Palestin).
Firman Allah SWT,
“(Mereka ditimpakan azab) yang demikian, kerana mereka menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya. Dan (ingatlah), sesiapa yang menentang (perintah) Allah, maka sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya.” (Surah Al-Hasyr: Ayat 4)
Kekuatan dan kehebatan Islam sentiasa terserlah pada zaman pemerintahan Rasulullah SAW dan para sahabat meskipun menghadapi khianat mahupun musuh.
Tidak seperti pada akhir zaman ini yang lemah akibat fitnah serta media yang mungkin tidak melaporkan keseluruhan kebenaran tentang apa yang berlaku di dunia, lebih-lebih lagi di Palestin.
Namun, adalah tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk sentiasa mendoakan mereka dan memberi sumbangan seberapa yang mampu supaya mereka terus kuat memperjuangkan agama Allah SWT!
Jom #BuatBaik di sumbangan.com!
sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.