Penyakit apa sekalipun, kita sentiasa memikirkan jalan pantas untuk menyembuhkan sakit itu. Apatah lagi apabila yang sakit itu adalah orang yang kita sayang. Sungguh berat rasanya melihat insan yang kita sayang menanggung perit yang tidak dapat dikongsi.

Walau bagaimanapun, penyelesaian untuk penyakit apa-apa sekalipun hanyalah melalui rawatan. Akan tetapi, inilah yang menjadi jalan buntu apabila mereka kekurangan sumber kewangan. Memang benar bahawa dalam hidup, pasti ada keseimbangan antara siapa di atas dan siapa di bawah.

Tetapi, kadang tidakkah kita terfikir kenapa harus mereka yang di bawah yang sentiasa…sentiasa terseksa?

Terbeban dengan bukan sahaja kewangan, tapi juga penyakit yang parah. Rata-rata berita yang kita baca berkaitan pesakit yang terlantar, warga emas yang terbiar tanpa tempat berteduh, semua ini kebiasaannya kalau bukan hidup sebatang kara, mungkin kerana keluarganya lebih memilih dunia dan tidak sanggup bersusah cari duit merawat si sakit.

Walau bagaimanapun, lain pula kisah adik Falah yang masih mempunyai keluarga, dan baru sahaja berumur 5 tahun. Kesihatannya yang semakin memburuk hari demi hari telah dikejutkan dengan penyakit jantung berlubang yang semestinya memerlukan kos rawatan yang amat besar.  

KESIHATAN yang baik itu mahal, memang tidak dapat dinafikan.

Keluarga adik Falah turut buntu memikirkan bagaimana dan di mana mereka boleh dapatkan duit dengan jumlah sebesar itu bagi membantu rawatan anaknya…

Persatuan Usahawan Wanita dan Keusahawan Agro (WEAGRO) terpanggil untuk menjalankan kempen supaya dapat meringankan beban ibubapa adik Falah yang berusaha mendapatkan kutipan rawatannya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Meski sedih melihatkan keadaan adik Falah yang bertarung nyawa, mereka tidak pernah putus asa.

Alhamdulillah akhirnya kempen yang dijalankan berjaya mencapai kutipan yang disasarkan hanya dalam masa dua bulan!

Berkat doa serta para dermawan yang pemurah di platform sumbangan.com, adik Falah dapat meneruskan rawatannya supaya bisa kembali normal seperti kanak-kanak yang lain.

Semoga sedekah yang diikhlaskan buat adik Falah boleh memberi cahaya baharu dalam hidupnya untuk menjadi anak yang bukan setakat sihat fizikal, malah sihat rohani juga dan berterusan berjasa kepada kedua ibubapanya.

Jom #BuatBaik di sumbangan.com!

sumbangan.com,
Memudahkan KebaikanšŸ¤

Author

Write A Comment