Bayaran rumah sewa apabila hidup dengan pendapatan yang tidak menentu sungguhlah sukar, apatah lagi apabila datang dari kalangan yang hidup sebatang kara. Dalam konteks yang kita faham hanyalah untuk diri sendiri, tapi bagaimana pula sekiranya memiliki komitmen yang besar? Komitmen yang hidup seperti keluarga atau secara sukarela seperti menjaga anak yatim atau warga emas dan seumpamanya.bn
Tidak senang, sekali lagi saya tegaskan. Hidup bujang tanpa sebarang komitmen jauh lebih menyenangkan kerana hal yang perlu difikirkan hanyalah diri sendiri dan tidak perlu kisah akan perihal orang lain. Akan tetapi, dengan adanya yang mereka ini yang sanggup meletakkan beban di bahu mereka dengan menjadi penyokong kepada golongan-golongan lemah, telah membuahkan harapan yang begitu besar buat mereka. Lebih-lebih lagi apabila mereka sudah hilang tempat bergantung.
Wujudnya penyokong seperti mereka inilah yang telah banyak membantu ramai dengan saling ingat mengingati, mengejar pahala dengan menyumbang kepada golongan tersebut. Begitulah yang dilalui oleh pihak pengurusan di Pusat Jagaan Al-Fikrah.
Dengan mendirikan sebuah pusat jagaan atas sumbangan orang ramai, pihak pengurusan harus sentiasa cekal dan rajin untuk terus mencari jalan bagi mendapatkan dana pengoperasian rumah kebajikan tersebut.
Apatah lagi rumah tersebut ditempatkan buat warga emas yang semestinya memerlukan konsentrasi yang lebih dari pelbagai aspek.
Ada ketika mereka memerlukan sumber kewangan yang lebih besar apabila kos perubatan yang menjadi isu. Pada usia senja yang sememangnya lebih senang dihinggap penyakit, hal sebegini pasti tidak dapat lari lagi.
Sesuai dengan keadaan yang agak tersempit pada suatu ketika sebelum ini, Persatuan Kebajikan Al-Fikrah Malaysia telah mengambil jalan untuk menggerakkan sebuah kempen kutipan dana di bawah platform sumbangan.com.
Kempen yang dinamakan sebagai Dana Baikpulih dan Tanggungan Kos Perubatan Warga Emas Al-Fikrah telah menjadi bukti bahawa rumah kebajikan untuk warga emas teramatlah memerlukan dana bagi membiayai rawatan mereka yang terkesan akibat usia yang sudah lewat. Itu tidak termasuk kos fasiliti bagi membantu warga emas yang sudah kurang keupayaan untuk bergerak.
Maka, dengan kempen ini, pihak pengurusan Al-Fikrah dapat bernafas kembali dan dapat mencapai matlamat kempen yang dijalankan. Kutipan yang disasarkan hampir RM 600k itu telah membuahkan hasil yang besar dan telah banyak meringankan beban mereka.
Segala kos yang telah mencecah ribuan ribu ringgit sebelum ini dapat dikurangkan sedikit demi sedikit berkat pertolongan para dermawan di platform sumbangan.com.
Semoga kebaikan yang kita hulurkan akan terus berpanjangan bagi membantu lebih ramai lagi mereka yang memerlukan di luar sana.
sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan🤍