Afrika adalah benua kedua terbesar di dunia setelah Asia dan memiliki lebih kurang 54 negara yang masih berdiri teguh.

Besarnya benua Afrika sehinggakan boleh dibahagi dengan beberapa bahagian iaitu selatan, timur, timur laut, utara, tengah, barat, dan negara kepulauan. Meskipun begitu, kemiskinan telah menjadi isu terbesar di benua itu, lebih-lebih lagi negara di bahagian timur.

Negara tersebut yang telah terkesan adalah Uganda yang dirakam sebagai antara negara yang yang mempunyai taraf kemiskinan terburuk. Ekonomi yang buruk di negara tersebut dikatakan disebabkan sektor utama ekonominya tidak berkembang iaitu sektor pertanian.

Dengan sumber ekonomi utamanya juga tidak memberansangkan, bagaimana kerajaan mereka dapat mencipta peluang pekerjaan?

Walau dengan susah payah hidup seharian mereka, rakyatnya, tambahan yang muslim tidak berputus asa untuk mengerjakan ibadah wajib dan berterusan menjalani hidup seharian dengan mandiri.

Namun begitu, tahap kemiskinan yang begitu buruk di sana menghalang saudara-saudara kita di sana dari membina tempat beribadah yang sesuai seperti kita di sini.

Lihatlah keadaan masjid mereka yang begitu dhaif, yang hanya beratapkan daunan pepohon dan beralaskan tikar jerami, tetap masih semangat untuk mengerjakan ibadah dan berkongsi ilmu. Sedangkan kita di sini, dengan betapa banyak masjid yang telah didirikan, tapi masih beralasan untuk tidak pergi.

Oleh yang demikian, Al-Salam Charity Foundation dengan kerjasama PPIM telah melaksanakan sebuah kempen bagi membina rumah ibadah ynag sesuai bagi keselesaan penduduk sekitar di sebuah perkampungan di Uganda.

Kebaikan wujudnya masjid bukanlah hanya seketika, tapi berpanjangan, dan semestinya dapat memudahkan penduduk dalam segala hal terutama sebagai tempat penyebaran ilmu.

Alhamdulillah berkat usaha keras dari semua pihak dan para penderma yang tidak putus menyumbang, kutipan yang disasarkan telah berjaya dan Al-Salam telahpun memulakan kerja-kerja pembinaan sejurus dana tersebut diterima.

Semoga kerja-kerja pembinaan ini tidak akan terhenti setakat ini sahaja, dan akan berterusan sehingga penduduk setempat dapat menikmati keselesaan beribadah di tempat yang terlindung dari panas dan hujan.

Untuk para penyumbang juga, harapan agar kita semua diberi kesihatan berpanjangan dan rezeki yang cukup untuk membantu ramai lagi saudara-saudara kita yang dalam kesusahan.

Amin.

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment