Dalam sebuah riwayat ada menyebutkan tentang Imam Malik bin Anas yang menangis ketika hendak berbuka puasa. Ketika ditanya oleh muridnya beliau berkata,

“Aku bersedih melihat makanan yang banyak, kerana terkenangkan Rasulullah SAW. Baginda berbuka dengan makanan yang sedikit tetapi amalannya banyak. Sedangkan aku berbuka dengan makanan yang banyak, tetapi amalanku cuma sedikit.”

Sederhana Ramadan merupakan subjek yang telah kerap kali muncul pada bulan yang mulia ini oleh sebab kepelbagaian juadah berbuka yang dijual di gerai-gerai di bazar.

Terkadang, meski ibu-ibu telah memasak di rumah sekalipun, tetap juga akan membeli makanan sampingan di bazar kerana telah menjadi budaya kita untuk memewahkan makanan ketika berbuka. 

Kebiasaannya pasti akan terbazir, dan pada akhirnya tidak disukai Allah SWT, walhal pada bulan Ramadan, bulan yang penuh dengan ganjaran, kita disyariatkan untuk mencari cara bagi menggandakan pahala.

Dalam konteks ini, lebihan makanan itu mungkin boleh berkongsi dengan jiran terdekat di samping dapat  mengeratkan lagi tali silaturrahim. 

Ingat, membeli perlu berpada-pada, makan juga berpada-pada. Luaskan rezeki kita dengan sedekah, insya-Allah hari kita akan lebih tenang dan puasa kali ini akan lebih bermakna.

Jom perbanyakkan sedekah di bulan Ramadan dengan ‘Sumbangan Berterusan’ selama 30 Hari Ramadan di sumbangan.com!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment