Besarnya bulan Zulhijah adalah dengan pelbagai peristiwa dan amalan yang dipraktikkan oleh Rasulullah SAW serta para sahabat.

Namun, tahukah kita apakah umbi yang membesarkan bulan ini berbanding bulan-bulan lainnya?

Pertama sekali, besarnya bulan Zulhijah oleh kerana ia termasuk dalam 4 bulan haram yang dinyatakan dalam al-Quran iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharram dan Rejab.

Ia disebut sebagai bulan haram kerana hanya pada bulan-bulan ini sahaja Allah SWT meletakkan haram untuk peperangan, dan jika berlakunya kezaliman, maka dosanya adalah lebih besar dari bulan-bulan lain. Tetapi, jika amal soleh yang dikerjakan, maka pahalanya akan lebih besar dari bulan-bulan lainnya.

Justeru dengan perbanyakkan ibadah sunat pada bulan ini bakal mengganjarkan kita dengan nikmat pahala yang tidak terbatas!

Keduanya adalah bulan pengorbanan untuk mereka yang dikurniakan rezeki yang cukup, yang diletakkan di jalan yang diredhai Allah SWT. Pada 10, 11, 12, dan 13 Zulhijah setiap tahun telah menjadi sambutan Hari Raya Korban bagi menyahut seruan Nabi Ibrahim AS dan puteranya, Nabi Ismail AS melalui perkongsian daging buat asnaf dan miskin.

Alhamdulillah, baru-baru ini sumbangan.com telah berjaya melaksanakan amanah korban dari para peserta pada Hari Raya Aidiladha di tiga buah lokasi berlainan, Mekah, Indonesia, dan Kemboja.

Berkat sokongan berterusan dari para peserta telah memberikan nafas untuk korban.sumbangan.com untuk terus berlangsung di tahun ini, dan insya-Allah akan diteruskan lagi ke tahun-tahun hadapan.

Seterusnya, Hari Arafah. Bukan hanya pentingnya hari ini sebagai salah satu rukun haji, namun juga kerana pada 9 Zulhijah merupakan hari kesempurnaan agama.

“…Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu…”
[Surah Al-Maidah: 3]

Tambahan, segala amalan kebajikan yang dikerjakan pada tarikh ini, apatah lagi berpuasa, akan diampunkan dosanya selama dua tahun; satu tahun sebelum dan selepasnya. Begitu juga dengan berdoa yang mana pada hari inilah antara waktu tepat untuk dapatkan doa mustajab!

Subhanallah…

Semestinya ada banyak lagi kelebihan bulan Zulhijah yang menjadi penutup bagi tahun Hijrah, namun setidaknya dengan sedikit sebanyak yang dikongsikan ini dapat kita pertimbangkan sebagai panduan dan peluang untuk mengejar redha Ilahi.

Insya-Allah.

Jom #BuatBaik di sumbangan.com!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment