Tahun Hijrah, bermulanya dengan bulan Muharam, iaitu bulan yang memperingati sejarah penting untuk umat Islam, tentang penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah.

Kisah perpindahan junjungan besar kita ini telah menjadi suatu pedoman dalam hidup kita. Ia tidak memaksudkan kita perlu bergerak untuk disebut sebagai hijrah, namun lebih kepada perubahan dalam diri kepada yang lebih baik.

Doa Penutup Tahun Hijrah (dibaca 3 kali sewaktu selepas Asar hingga sebelum Maghrib)

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata, “Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.

اَللّٰهُمَّ مَا عَمِلْتُ مِنْ عَمَلٍ فِي هٰذِهِ السَّنَةِ مَا نَهَيْتَنِي عَنْهُ وَلَمْ أَتُبْ مِنْهُ وَحَلُمْتَ فِيْها عَلَيَّ بِفَضْلِكَ بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوْبَتِيْ وَدَعَوْتَنِيْ إِلَى التَّوْبَةِ مِنْ بَعْدِ جَرَاءَتِيْ عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنِّي اسْتَغْفَرْتُكَ فَاغْفِرْلِيْ وَمَا عَمِلْتُ فِيْهَا مِمَّا تَرْضَى وَوَعَدْتَّنِي عَلَيْهِ الثَّوَابَ فَأَسْئَلُكَ أَنْ تَتَقَبَّلَ مِنِّيْ وَلَا تَقْطَعْ رَجَائِيْ مِنْكَ يَا كَرِيْمُ

“Ya Allah, perbuatan apapun yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau larang dan aku belum bertaubat darinya, sedangkan Engkau masih bersabar terhadapku dengan karunia-Mu setelah Engkau memiliki kekuasaan untuk menghukumku, dan Engkau mengajakku untuk bertaubat setelah aku berani melakukan maksiat kepada-Mu, maka aku memohon ampunan-Mu, ampunilah aku. Dan perbuatan yang aku lakukan tahun ini yang Engkau ridai dan Engkau janjikan pahala atasnya, aku memohon kepada-Mu untuk menerimanya dariku. Janganlah Engkau memutuskan harapanku kepada-Mu, wahai Yang Maha Mulia.”

Doa Awal Tahun (dibaca 3 kali selepas masuk waktu Maghrib pada malam 1 Muharam)

Barangsiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, “Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan.

اَللّٰهُمَّ أَنْتَ الأَبَدِيُّ القَدِيمُ الأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ العَظِيْمِ وَكَرِيْمِ جُوْدِكَ المُعَوَّلُ، وَهٰذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ، أَسْأَلُكَ العِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِهِ، وَالعَوْنَ عَلَى هٰذِهِ النَّفْسِ الأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ، وَالاِشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنِيْ إِلَيْكَ زُلْفَى يَا ذَا الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ

“Ya Allah, Engkau yang Abadi, Qadim, dan Awal. Karena karunia dan kemurahan-Mu yang besar, Engkau menjadi harapan yang teguh bagiku. Saat memasuki tahun baru ini, aku memohon perlindungan dari godaan setan dan pengikut-pengikutnya. Aku juga memohon pertolongan-Mu dalam mengatasi hawa nafsu yang sering menggoda untuk berbuat jahat. Aku memohon petunjuk dari-Mu agar setiap aktivitas keseharianku dapat mendekatkan diriku pada rahmat-Mu, wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.”

Semoga datangnya tahun baharu beserta buku catatan baharu untuk kita warnakan dengan amalan-amalan baik yang insya-Allah berkekalan sepanjang tahun.

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment