Sebagai hamba yang dilahirkan Islam, kita wajib bersyukur kerana selagi kita muslim dan bertauhid kepada Allah SWT, insya-Allah kita akan merasakan kenikmatan hidup di syurga kelak. 

Namun, jika kita musykil dan risau kerana sentiasa ditenggelami dosa di dunia ini, kita perlu berusaha mensucikan kembali hati dengan bertaubat.

Rasulullah SAW ada bersabda: “Manusia diingatkan supaya berusaha menangis mengenangkan dosa yang dilakukan ketika hidup di dunia walaupun terpaksa menitiskan air mata, kerana sesungguhnya penghuni neraka akan menangis sehingga air mata mereka bergenang seperti sungai dan setelah kering air mata itu akan mengalir pula darah dari mata mereka seperti mata air sehinggakan kapal juga dapat berlayar di dalamnya.” ( Riwayat Anas bin Malik)

Baginda SAW turut bersabda: “Demi Allah, sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu akan sedikit sahaja ketawa di atas dunia dan menyimpannya pada akhirat nanti.”

Justeru, janganlah kita sia-siakan peluang yang disampaikan dari zaman Rasulullah SAW ini. Teruskan beramal dan sebarkan agama Allah ini hingga ke akhir hayat.

Bersempena Maulidur Rasul, jangan lupa banyakkan berselawat ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW.

Sesungguhnya pada ketika timbangan kita di akhirat kelak lebih berat dosa dari pahala, maka dengan selawat yang kita sentiasa dendangkan inilah yang akan membantu kita mendapatkan syafaat untuk masuk ke syurga Allah SWT.

Jom #BuatBaik!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment