Sejak azali lagi, buat baik bukanlah perkara asing kerana ia merupakan tingkah laku yang telah dilatih di rumah dan juga diajar di sekolah. Malah, buat baik juga banyak di sebut dalam al-Quran, hadis, serta melalui sunnah Rasulullah SAW.

“Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.”

[Surah Al-Maidah: 48]

Anjuran buat baik yang telah tertulis di dalam kitab-kitab Allah SWT, tidak sepatutnya kita ambil ringan. Apatah lagi pada zaman teknologi yang serba membangun, segala perbuatan dan perkataan dapat disebarkan dengan pantas ke seluruh pelosok dunia.

Pada era ini, kandungan yang tersebar di media sosial telah didominasi oleh kandungan yang berunsur hiburan seperti tarian, lawak jenaka, atau fesyen.

Dalam masa yang sama, tanggapan komuniti di media kini yang lebih memikirkan kepentingan untuk tidak ketinggalan zaman atau juga boleh disebutkan sebagai Fear of Missing Out (FOMO) menyebabkan kita hanya memilih konten sebegitu sebagai isian masa terluang kita.

Sudah tentunya, konten kebaikan akan disambut baik jika penyampainya merupakan seorang pempengaruh yang terkenal di laman sosial berkenaan.

Bak kata Ustaz Abdul Somad, standard buat baik zaman sekarang, jika dilakukan oleh ramai orang, maka baiklah, jika dilakukan oleh orang atasan atau yang berpengaruh, maka baiklah.

Inilah realiti konteks buat baik zaman sekarang.

Sedangkan, buat baik adalah suatu proses.

Proses yang dimulakan dengan memaksa diri, carilah kandungan bermanfaat yang mengajak kepada kebaikan untuk beransur-ansur pulihkan rohani kita.

Insya-Allah, dengan berterusan, kita dapat membaiki istilah ‘buat baik’ masa kini untuk diri kita, dan lambat-laun buat orang sekeliling.

“…dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.”

[Surah Al-Baqarah: 195]

Semoga usaha dan amalan kita untuk menjadi lebih baik disertakan keikhlasan di hati agar dipandang tinggi di sisi-Nya.

Amin.

Jom #BuatBaik!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment