Berulang kali naik dan turun tujuh lapisan langit; besar pengorbanan junjungan besar kita, Rasulullah SAW dalam mengurangkan solat fardu buat umatnya. Namun, meski hanya 5 waktu, masih ada yang tidak dapat tunaikannya dengan sempurna.
Allahu Akbar.

27 Rejab-lah yang menjadi saksi kecintaan Rasulullah SAW terhadap umatnya. Ia menjadi titik permulaan kewajipan kita sebagai hambaNya iaitu sebagai ibadah utama yang dihisab di Padang Mahsyar kelak.
Surah Al-Ankabut, ayat 45, Allah telah berfirman yang bermaksud:
“Dan dirikanlah solat. Sesungguhnya, solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”.
Justeru, apa ibrah dari peristiwa Israk Mikraj?

Jangan ringankan solat fardu. Laksanakan setiap solat fardu seakan-akan ia adalah solat terakhir kita supaya kita dapat pengakhiran yang baik. Lebih baik lagi apabila pengakhiran tersebut ketika mengingati Ya Rabb. Masya-Allah.
Jom #BuatBaik!
sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.