Apakah yang dimaksudkan dengan pengagihan korban yang afdal?

Pastinya kita tahu bahawa pembahagian biasa yang sering dipraktikkan adalah ⅓ untuk kita, ⅓ untuk fakir miskin, dan ⅓ lagi untuk saudara-mara atau jiran tetangga. 

Walau bagaimanapun, ada satu cara pengagihan yang paling afdhal yang jarang diamalkan, iaitu dengan mengagihkan keseluruhan daging sembelihan tersebut, dan hanya sedikit sahaja untuk diri sendiri sekadar mengambil berkat. 

Akan tetapi, sekiranya korban nazar yang dikerjakan, iaitu wajib hukumnya, maka perlu disedekahkan kesemuanya dan tidak sedikit pun daging yang dikorban boleh dirasa.

Melalui sumbangan.com yang lebih memfokuskan korban di luar negara, keseluruhan daging pastinya akan diagihkan kepada golongan asnaf dan anak-anak tahfiz sahaja. 

Secara tidak langsung, ini bermakna anda telah memilih untuk melaksanakan ibadah korban dengan pengagihan yang paling afdal!

Jadi, tunggu apa lagi? Jom tempah slot korban anda sekarang dan nikmati harga yang berpatutan dalam mengerjakan ibadah pada musim korban ini. 

Korban Lebih Mudah, Pahala Lebih Dekat bersama korban.sumbangan.com.

Author

Write A Comment