Bersempena dengan hari Asyura iaitu pada 10 Muharram, mari kita renung kembali kisah Nabi Adam AS yang telah melanggar perintah Allah SWT sewaktu di syurga. 

Baginda telah memakan buah khuldi yang secara jelas telah dilarang keras, namun oleh kerana itu, dirinya dan Siti Hawa telah dihalau dari syurga dan turun ke bumi dalam keadaan terpisah.

Dalam Surah Al-A’raf ayat 23 ada terlakar doa yang dibaca baginda dan telah diampunkan Allah SWT pada 10 Muharram.

“Wahai Rabb kami, sesungguhnya kami telah menzalimi diri kami sendiri. Dan apabila Engkau tidak mengampuni kami, tentunya kami termasuk dari orang-orang yang rugi.” (Surah Al-A’raf: 23)

Justeru, kita digalakkan untuk mempertingkatkan amal ibadah dan berpuasa pada tarikh ini. Sabda Rasulullah SAW,

Puasa Asyura menjadi penebus dosa setahun yang  telah lalu,” (HR Muslim)

Walau bagaimanapun, oleh kerana ada sahabat yang memaklumkan bahawa Yahudi dan Nasrani turut berpuasa pada tarikh tersebut, lalu baginda SAW memerintahkan untuk mula berpuasa pada 9 Muharram, juga dipanggil Puasa Tasu’a.

Sekiranya sebelum ini kita jarang mengambil tahu tentang peristiwa ini, maka insya-Allah melalui e-mel ini sama-sama kita dapat kesedaran untuk bermuhasabah diri dan perbanyakkan amalan. 

Jom #BuatBaik!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment