Dikisahkah tentang seorang umat Muhammad yang sangatlah mencintai Allah SWT dan Rasul-Nya.

Abdullah bin Umar merupakan anak kepada Sayidina Umar Al-Khattab yang bukan sahaja penganut Islam sejati, tetapi juga boleh disebut sebagai seorang yang benar-benar taat pada sunnah Rasulullah SAW, dari sekecil-kecil hal hingga ke sebesar-besar hal. 

Contohnya, sekiranya Rasulullah sentiasa menggunakan satu jalan ini, beliau akan menggunakan jalan yang sama, dan sekiranya Rasulullah berehat di suatu pohon, beliau akan turut berehat di pohon yang sama.

Jika dibandingkan dengan kita sekarang, sekecil-kecil sunnah seperti menyarung selipar dengan kaki kanan sahaja sudah jarang sekali, apatah lagi untuk menggunakan harta untuk kebaikan agama.

Tapi, kata Abdullah, itu sahaja caranya untuk merasakan kehadiran Rasulullah SAW di sisinya.

Masya-Allah, betapa dalamnya cinta Abdullah bin Umar terhadap Nabi Muhammad SAW.

Dan, meskipun keluarga Umar Al-Khattab merupakan antara yang berharta dalam sejarah Islam, Abdullah sentiasa bersikap zuhud, tidak membiarkan dunia mempengaruhinya. Malah, katanya dunia hanyalah tunggangannya ke akhirat.

Semoga melalui kisah Abdullah bin Umar ini, kita dapat belajar untuk hidup bertumpukan akhirat, dan sentiasa meletakkan Allah SWT dan Rasulullah SAW teratas dalam segala urusan.

Amin, insya-Allah.

Jom #BuatBaik di sumbangan.com!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment