Dikisahkan tentang seorang sahabat iaitu Tha’labah bin Hatib r.a..
Dia pernah meminta Rasulullah ﷺ mendoakan supaya dia menjadi kaya dan pada awalnya Rasulullah SAW menasihatinya dan termaktub dalam sebuah hadis yang bermaksud:
“Sedikit yang kamu syukuri lebih baik daripada banyak yang kamu tak mampu syukuri.”
(Riwayat Ahmad, al-Tabarani)
Namun, Tha’labah datangi Rasulullah SAW sekali lagi dan tetap mendesak. Akhirnya dia mendapat kekayaan besar, tetapi akibat terlalu sibuk, dia mula meninggalkan solat berjemaah dan enggan menunaikan zakat apabila disuruh.
Akhirnya beliau menyesal, tapi zakatnya tidak lagi diterima selepas Rasulullah SAW wafat.
Inilah peringatan untuk kita bahawa harta hanyalah pinjaman Allah SWT. Jalan untuk membersihkan dan memberkatinya adalah dengan zakat dan sedekah.
Dengan bersedekah, kita, secara tidak langsung boleh buat ‘reality check’ bahawa pada saat kita cukup makan, ada yang sudah lama tidak menjamah nasi.
Maka jangan bertangguh untuk bersedekah.
Sekali hati kita mula terlalu sayang pada harta, bimbang kita akan ulangi kesilapan Tha’labah.
Dan, pastinya akan menyesal di penghujungnya. Nauzubillah.
Jom #BuatBaik di sumbangan.com!
sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.