Lumrah manusia yang menginginkan sesuatu yang cantik dan sempurna, meskipun normal sahaja sudah dikirakan sebagai anugerah untuk sesetengah antara kita. Siapakah mereka ini?

Manusia yang hanya mengharapkan normal adalah mereka yang dilahirkan kurang dari yang lain. Tidak kira dari segi fizikal, mental dan rohani sekalipun, segala kekurangan yang tidak pernah terbayang oleh mereka yang terbiasa dengan hidup normal tapi masih juga tidak bersyukur.

Orang kurang upaya (OKU) merupakan golongan yang dilahirkan dengan syurga sebagai tempat mereka di akhirat kelak. Walau bagaimanapun, hidup mereka di dunia sering diperlekehkan oleh masyarakat kita. Tipu kalau kita mengatakan tidak pernah melihat orang kurang upaya secara depan-depan.

Buat kita yang tidak pernah hidup bersama dengan golongan ini, kita tidak tahu bahawa terdapat banyak kekurangan dan sakit yang mereka terpaksa lalui di dunia ini. Salah seorang yang datang dari golongan ini adalah adik Umar yang lahirnya tanpa saraf tunjang dengan keadaan tulang belakangnya tidak bercantum habis hingga ke pinggul dan ini telah mewujudkan pelbagai risiko yang menjejaskan kesihatannya.

Namun begitu, ibubapanya tidak pernah mengeluh, malah bersyukur dengan kehadirannya sebagai permata hati dalam keluarga kecilnya. Pihak Persatuan Usahawan Wanita dan Keusahawanan Agro (WEAGRO) yang mendengarkan kisah itu telah bertindak untuk menjalankan kempen bagi membantu membiayai rawatan adik Umar.

Dalam tempoh sebulan kelahirannya sahaja telah memakan tiga pembedahan yang sudah dijalani, jadi wajarlah dikatakan bahawa rawatan untuk adik Umar ini memerlukan dana yang besar.

Maha Suci Allah SWT yang telah menciptakan semua makhluk, baik yang elok mahupun yang buruk. Alhamdulillah kempen kutipan dana tersebut telah berlangsung dengan jayanya dan telahpun mencapai sasaran!

Pihak penganjur bersama-sama PPIM dan sumbangan.com telah turun padang memberikan hasil kutipan tersebut buat adik Umar pada hari kelahirannya. Sungguh tenang melihatkan senyum di wajah adik Umar yang masih kecil tapi sudah menderita dengan penyakit yang tidak terbayang sakitnya.

Semoga kita sentiasa tergolong dalam kalangan mereka yang tidak putus-putus memberikan kebaikan kepada orang lain.

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment