Banjir yang kian memburuk ini agak membimbangkan, apatah lagi kini merupakan musim peperiksaan penting buat pelajar tingkatan 5. Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan air naik mendadak dan menenggelami beberapa buah daerah di Johor lebih-lebih lagi.

Setakat 11 Januari 2024, banjir dikatakan masih belum surut, malah semakin memburuk sehinggakan banyak keluarga yang terjejas dan dibawa ke PPS. Bilangan mangsa yang kian bertambah telah merunsingkan dan sehingga saat ini stesen-stesen tv telah melaporkan bahawa Batu Pahat telah menjadi daerah ketujuh di negeri ini yang terkesan berbanding semalam yang hanya melibatkan daerah.

Allahuakbar. Tidak terbayang betapa sedihnya hati para peniaga apabila hasil usaha mereka telah dihanyutkan, lebih perit apabila ada yang kehilangan keluarga. Kita sendiri yang hanya menonton melalui kaca televisyen sahaja sudah gerun dengan betapa tingginya air melebihi paras rumah-rumah, apatah lagi mereka.

Begitu juga di Pahang. Baru sahaja petang semalam telah dikhabarkan bahawa keadaan di sana sudah semakin surut, namun, pada hari ini, jumlah mangsa banjir telah meningkat tiga kali ganda. Sungguhlah kuasa Allah tiada siapa yang tahu.  

Pasukan-pasukan penyelamat seperti bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang sentiasa sedia menghulurkan tangan dalam keadaan ini amatlah dihargai, tambahan dengan peperiksaan penting yang sedang berjalan pada ketika ini. Kerajaan negeri bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) telah menetapkan Ops Payung iaitu para pelajar yang terkesan dengan banjir akan menaiki trak tentera untuk ke tempat peperiksaan disebabkan banjir yang melanda yang masih berterusan dan tiada tanda surut.

Disamping itu, mangsa-mangsa lain turut diawasi sebaiknya, akan tetapi masih ada penduduk yang tidak sayangkan nyawa sendiri yang cuai dan tidak ambil peduli akan keadaan yang bahaya pada ketika banjir. Walaupun nasihat serta amaran telah disampaikan, masih juga tidak endah menjadikan pasukan yang bertugas terpaksa lebih peka akan keselamatan semua.

Disebalik sedih akan musibah yang menimpa dua buah negeri ini, mangsa-mangsa banjirsekali lagi dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan menjaga diri ketika musim ini bagi mengelakkan dari berlakunya apa-apa perkara buruk.

Bersama kita doakan supaya musim tengkujuh di sana segera reda dan mangsa banjir dapat kembali ke rutin harian mereka. Amin Ya Rabbal Alamin.

Jom #BuatBaik di sumbangan.com!

sumbangan.com,
Memudahkan KebaikanšŸ¤

Author

Write A Comment