Masjid Al-Kariim dibina di atas tanah yang diwakaf orang dermawan

Setelah dua tahun lamanya tergendala kerja-kerja pembinaan masjid ini akibat kekangan dana, Kempen Dana Pembinaan Masjid Al-Kariim telah dilangsungkan di platform tidak lain dan tidak bukan, sumbangan.com.

Dalam masa yang sama, dengan hasrat di hati yang telah ditanam oleh para ahli masjid untuk merasmikan masjid tersebut pada tahun ini, mereka bersepakat untuk membuka penerimaan sumbangan serta bayaran zakat fitrah sewaktu hari raya puasa baru-baru ini.

Alhamdulillah untuk tahun yang pertama, zakat fitrah tersebut dapat diagihkan sekurang-kurangnya kepada 100 penerima yang layak.

Perkembangan Masjid Al-Kariim setakat ini.

Sementara kempen ini turut berjalan, perkembangan bagi pembinaan masjid juga sudah dapat dilihat dengan jelas.

Insya-Allah boleh jadi ini merupakan asbab daripada para ahli masjid yang tidak berhenti berusaha untuk membangunkan masjid bagi kemudahan penduduk tempatan serta para dermawan di platform sumbangan.com yang bersama menyumbang.

Ucapan dari Pengurus Masjid Al-Kariim

Kini sudah diratakan bata sebagai dinding setelah saban tahun terhenti kerja-kerja pembinaan, membuahkan sinar harapan kepada para penduduk untuk lekas beribadah di sana.

Besar kiranya harapan pihak pengurusan masjid agar para penyumbang dapat memanjangkan mesej ini kepada ahli keluarga serta sahabat handai supaya lebih ramai boleh mendapat pahala dengan berkongsi rezeki untuk mempercepatkan rumah Allah SWT ini siap dibina.

Semoga mulai dengan sedekah ini, akan menjadi titik permulaan untuk seseorang itu terus menyebarkan kebaikan-kebaikan lain. Amin.

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment