Syukur wujud insan yang baik di luar sana bersimpati akan nasib mereka ini yang terbiar tanpa keluarga untuk bergantung.

Pada era digitalisasi kini, negara sedang berdepan dengan pembangunan yang tidak henti-henti, selari dengan teknologi canggih sama ada yang telah di import dari negara-negara luar atau diadaptasi idea dari negara matahari terbit. Dengan pesatnya pembangunan, maka kos sara hidup juga semakin tinggi dan hal ini secara tidak langsung menjadikan anak-anak yang sudah mandiri bertindak untuk mengabaikan ibubapa mereka.

Meskipun suatu ketika dahulu mereka ditatang bagai minyak yang penuh, tapi apabila besar, mereka terus melupakan jasa orang tua sendiri, tidak terkecuali yang sakit. Apakah hal ini kerana mereka tidak mempertimbangkan keberkatan hidup, tapi hanya inginkan dunia semata? Wallahu a’lam.

Tambahan, ramai anak-anak kini berpendapat bahawa menanggung ibubapa yang tidak sihat memerlukan kos yang sangat besar, tidak lagi termasuk tanggungan sendiri sekiranya diri sudah berkeluarga.

Dahsyat kiranya pemikiran seorang anak yang sanggup mengetepikan ibubapa kerana wang ringgit.

Keadaan di Pusat Jagaan Titian OKU Nur yang kekurangan katil menyebabkan penghuni terpaksa berbaring di lantai sahaja.

Pengabaian ibubapa sudah menjadi satu isu yang besar, tapi bagaimana pula dengan ibubapa tua yang juga OKU? Bebanan yang diterima mungkin tidak dapat ditanggung yang membawa kepada pengabaian. Sungguh, didikan ibubapa sendiri sebenarnya penting dalam hal sebegini supaya anak-anak tumbuh membesar menjadi orang yang lebih berguna dan menghargai.

Jika kita perhatikan pada zaman kini, telah banyak wujud rumah-rumah perlindungan untuk warga emas, sama ada berbayar atau tidak. Kadang, oleh sebab wujudnya khidmat sebegini yang menyumbang kepada anak-anak melepaskan hak penjagaan dan merasakan mereka boleh hidup dengan tenang meski telah melakukan salah satu dosa yang paling besar bagi seorang anak.

Sungguhpun begitu, tidak ramai dari anak-anak sedar dan mengambil kira bahawa rumah penjagaan yang tidak berbayar kebiasaannya mempunyai kekangan kewangan untuk pengoperasian akibat bilangan penduduk yang ramai. Belum lagi ditambah oleh faktor umur bahawa golongan warga emas adalah golongan yang lebih senang untuk dihinggap penyakit berbahaya.

Hal ini berlaku terhadap Pusat Jagaan Titian OKU Nur yang merupakan salah sebuah rumah perlindungan untuk warga emas OKU. Pihak pengurusan telah membuka kempen di platform sumbangan.com bagi menebus kekurangan dan berharap dengan dana yang dikumpul dapat menampung kos untuk menaiktaraf apa yang perlu.

Pelbagai masalah yang mereka hadapi dan yang paling besar adalah kedaifan infrastruktur bagi penggunaan para penghuni. Di samping itu, keadaan rumah yang dihuni oleh hampir 89 orang penduduk itu memerlukan penambahbaikan dari segi keluasan kerana ruangan yang semakin sempit seiring dengan pertambahan bilangan penghuni.

Lebih-lebih lagi, penghuni di rumah jagaan ini tidak dapat mengasingkan penghuni perempuan dan lelaki di rumah berbeza oleh kerana kekurangan dana. Sekiranya ini adalah rumah perlindungan untuk warga emas yang normal, tentu sahaja mereka tidak akan selesa untuk tinggal di situ melainkan tiada pilihan.

Sebaliknya pula warga emas di sini hanya terdiri daripada mereka yang kurang upaya, jadi konflik sebegini agak kurang. Namun, ini tidak bermaksud pihak penjaga hanya akan memejamkan mata tentang isu ini.

Oleh itu, melalui kempen yang telah dijalankan juga, pihak pengurusan sudah mula merancang untuk memindahkan warga emas lelaki ke rumah yang baharu yang telah siap dibina setelah mereka berjaya kumpulkan sasaran dana.

Rumah baharu yang bakal diduduki penghuni warga emas lelaki

Benarlah kata orang, berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Sesungguhnya keprihatinan para penderma yang menyumbang kepada kempen yang dijalankan ini amat besar maknanya untuk mereka ini. Semoga ada kebaikan menanti para penderma dan menjadi pemangkin untuk terus meletakkan harta dunia di jalan yang diredhai Allah SWT.

Jom #BuatBaik di sumbangan.com!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan🤍

Author

Write A Comment