Daripada Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda,

“…sekiranya kamu mati sebelumku, maka aku akan memandikanmu, mengapankanmu, mensolatkanmu dan mengebumikanmu,” – Riwayat Ibnu Majah

Menguruskan jenazah hukumnya fardu kifayah. Apabila wujud perkataan fardu dalam hukum-hakam Islam, hal ini bermakna perkara itu adalah wajib.

Fardu Kifayah merupakan suatu tuntutan ke atas seseorang atau sebahagian masyarakat muslim yang mukalaf bagi menjaga kepentingan muslim dalam suatu komuniti.

Justeru, sebagaimana pentingnya pengurusan jenazah, penting juga adanya van jenazah bagi memudahkan segala urusan pemindahan jenazah.

Di Kampung Tirok di Tanah Merah, Kelantan, penduduk di sana sering kali khuatir tentang keadaan van jenazah yang tersedia telah usang dan uzur. Tambahan, van itu bukan sahaja digunakan untuk kampung tersebut, tetapi turut dikongsikan bersama kampung-kampung terdekat.

Sedih melihatkan keadaan van jenazah yang sudah tidak serupa van, dan mungkin sahaja boleh mengalami kerosakan pada bila-bila masa sahaja.

Menyedari akan perkara ini, pihak Kelab Jelajah Kuala Lumpur (KJKL) telah mengambil langkah untuk membantu penduduk kampung dengan membuka tabung pembelian van jenazah baru.

Kempen yang menyasarkan RM160,000 masih lagi berjalan dan sehingga kini, jumlah yang telah terkumpul sudah pun melebihi 70 peratus dari keseluruhan sasaran.

Alhamdulillah, berkat usaha pihak KJKL, impian penduduk Kampung Tirok tidak lama lagi, akan tercapai. Semoga dengan adanya van jenazah baharu nanti dapat meringankan serta memudahkan kerja-kerja pengurusan jenazah bagi para penduduk.

Dengan dana ini juga, mudah-mudahan dapat membantu banyak untuk kampung-kampung sekitarnya juga dalam menjalankan amanah Allah SWT.

Jom #BuatBaik di sumbangan.com!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan 🤍

Author

Write A Comment