Assalamualaikum wbt,
Tahun lalu, seorang peserta kami berkongsi pengalaman ringkas tetapi sangat menyentuh hati.
Beliau menempah korban melalui korban.sumbangan.com hanya beberapa hari sebelum Aidiladha dan ia merupakan pengalaman pertamanya. Niatnya mudah, ingin menunaikan ibadah yang telah lama diimpikan.
Apa yang tidak disangka, beberapa hari selepas korban itu dilaksanakan, beliau menerima gambar dan video sembelihan haiwan korbannya.
Katanya, “Rasa puas, rasa syukur, rasa tenang. Saya tak sangka ibadah ini memberi makna sebesar itu. Beginilah agaknya perasaan apabila harta kita benar-benar digunakan di jalan Allah SWT.”
Justeru tahun ini, kami ingin mengajak anda pula untuk turut merasai ketenangan yang sama.
Kami di korban.sumbangan.com sedia membantu anda menunaikan korban dengan penuh yakin dan tenang.
Jom! Tempah sekarang sebelum slot habis. Siapa tahu, mungkin inilah tahun yang akan mengubah segalanya.
Korban Lebih Mudah, Pahala Lebih Dekat Bersama korban.sumbangan.com.
