Pada awalnya, rakyat Palestin hidup dengan penuh harmoni tanpa mengira agama, sehinggalah tibanya bangsa Yahudi laknatullah di negara mereka menagih simpati akibat ketiadaan tempat berteduh.
Ditindas oleh negara-negara Eropah, akan tetapi Palestin menerima mereka dengan tangan yang terbuka, membela nasib mereka tanpa sebarang prasangka oleh kerana Israel pada ketika itu tidak mempunyai sebarang kuasa dengan kelompok yang amatlah kecil, serta tanpa negara sendiri.
Walau bagaimanapun, kejatuhan Palestin pada akhir abad ke-19 disebabkan kelemahan pemerintahan kerajaan Turki Uthmaniyah telah memberi laluan bagi pihak British untuk mengambil alih tanah itu seterusnya menimbulkan idea supaya tanah tersebut dibahagi antara Arab dan Yahudi.
Israel yang berpuas hati dengan sokongan diterima dari negara-negara besar kemudiannya semakin berani menunjukkan taring dengan menikam dari belakang Palestin dan memulakan perampasan tanah dan demikianlah detik bermulanya serangan Israel. Sehingga kini, peratusan rakyat di Palestin semakin berkurangan, tapi semangat mereka masih utuh!
Allah SWT, Yang Maha Bijaksana telah berfirman yang bermaksud,
“Berapa banyak terjadi golongan yang sedikit dapat mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Q.S. Al-Baqarah : 249).
Sesungguhnya kemenangan umat Islam itu pasti, jadi janganlah kita bersedih dan berputus asa, sebaliknya teruslah bersama rakyat Palestin dalam memperjuangkan Baitul Maqdis!
Jom #BuatBaik di sumbangan.com!
sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan