Pada saat semua masih berduka mengenangkan nasib saudara-saudara kita di Palestin, isu banjir yang sudah mula melanda tidak dapat diketepikan lagi. Isu ini kini juga banyak dibicarakan di dada-dada akhbar dan media sosial berikutan musim hujan yang tidak henti-henti beberapa minggu kebelakangan ini.
Oleh itu, pada setiap tahun, kerajaan akan sentiasa mempersiapkan beberapa pusat teduhan bagi mangsa banjir yang turut disertai badan-badan bukan organisasi, menghulurkan bantuan keperluan asas.
Namun begitu, persoalan berkenaan cara kerajaan mengatasi banjir masih lagi menjadi tanda tanya yang besar kerana hasilnya sehingga sekarang belum terlihat. Banjir yang pada setiap tahun dapat dijangka akan melanda di daerah-daerah tertentu, masih juga menyebabkan banyak kerosakan yang berlaku.
Oleh yang demikian, pihak sukarelawan tidak boleh hanya berdiam diri dan melihat sahaja perkara sebegini berterusan dan setidaknya mengambil inisiatif untuk membantu sehabis boleh. Antara bantuan yang sering dihulurkan menerusi ihsan masyarakat setempat adalah pakaian, selimut serta barangan-barangan lain yang boleh diguna pakai.
Memikirkan bantuan sedemikian semestinya tidak mencukupi bagi seseorang manusia untuk hidup sehari-harian, para sukarelawan dan pihak yang bertanggungjawab telah menjalankan kempen pengumpulan dana bagi menanggung kos pembelian barangan keperluan mangsa-mangsa banjir yang terpaksa berteduh di pusat-pusat pemindahan.
Barangan keperluan seperti alatan mandi serta makanan yang mencukupi amatlah penting buat mereka dalam menghadapi musibah sebegini. Justeru banyak kempen yang telah dilancarkan bagi persediaan menghadapi banjir dan alhamdulillah sasaran pihak penganjur tercapai sebagaimana yang diharapkan berkat sokongan rakyat Malaysia yang prihatin.
Bantuan juga berjaya dihulurkan tepat pada masa dan telah diterima oleh para mangsa yang terjejas sebagaiman perancangan pihak penganjur.
Sungguh besar pahalanya membahagiakan orang lain, apatah lagi bagi tujuan kebaikan.
Semoga kita sentiasa tergolong dalam kalangan mereka yang menyebarkan amalan kebajikan.
sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan🤍