Menghadirkan sebuah senyuman mengurangkan sakit yang dihadapi, hasrat pesakit Kanser Tulang Tahap 4 tercapai!

17 Jun 2023 – sumbangan.com bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Kelab Kingz MG, Route 77 Harley-Davidson of Kuala Lumpur, dan beberapa organisasi lain seperti Satria Risk Mitigation, PERKESO, JPJ, APM, telah bersatu untuk menyantuni adik Farrel baru-baru ini.

Sesi penyerahan kutipan sumbangan untuk adik Farrel

Alhamdulillah berkat sumbangan dari para penderma yang pemurah, kutipan dana untuk adik Farrel telah mencapai sasaran, justeru majlis yang diadakan di 70X, Jalan Keramat Hujung pada hari tersebut, ‘Humanity Charity Ride & Friendship Breakfast’. Tambahan, adik ini pernah menceritakan tentang impian besarnya dalam temu ramah sebelum ini iaitu untuk menaiki motor berkuasa tinggi apabila sembuh dari penyakitnya, kanser tulang tahap 4.

Rezeki adik Farrel pada hari tersebut apabila impian lamanya menjadi kenyataan kerana diberi peluang untuk membonceng sebuah motor Harley Davidson di sekitar Kuala Lumpur bersama Kelab Kingz MG dan diiringi Jabatan Polis Trafik KL, JPJ, dan APM.

Meski penyakit ini boleh dikategorikan antara penyakit yang mempunyai peratusan sembuh yang agak rendah, tambahan di umur setahun jagung sepertinya, namun, senyuman tetap tidak pernah lekang di bibirnya pada hari tersebut.

On the Bike bersama adik Farrel

Sungguh begitu ramai yang menyayangi dan meraikan adik Farrel.

Berkat usahsama semua pihak termasuk rakyat Malaysia yang tidak putus mendoakan dan menyumbang untuk kesihatan adik Farrel, semuanya berjalan lancar.

Semoga menerusi program ini, sumbangan.com akan diberikan kesempatan untuk melancarkan program sebegini lagi di waktu yang akan datang. Insya-Allah.

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment