“Di antara setiap dua azan (iaitu azan dan iqamat) ada solat (sunat) – Baginda mengulanginya hingga tiga kali – bagi yang menghendakinya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Solat sunat rawatib, yang juga dikenali sebagai qabliyah (sebelum) dan ba’diyah (selepas), merupakan solat yang sangat digalakkan untuk dilakukan sebelum dan selepas solat fardu.

Qabliyah berperanan menenangkan jiwa yang sibuk dengan urusan dunia, manakala ba’diyah pula melengkapkan kekurangan dalam solat fardu yang kita kerjakan.

Memang tidak semua antara kita mampu melaksanakan kesemuanya. Namun, tidaklah berat untuk mulakan dengan berusaha istiqamah sekurang-kurangnya dengan solat sunat sebelum Subuh sahaja.

Rasulullah SAW sendiri bersabda, 

“Dua rakaat fajar adalah lebih baik daripada dunia dan seisinya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Dan alangkah baiknya jika kita turut kejar pahala bersedekah pada waktu subuh ini supaya hari kita akan mula dengan penuh keberkatan.

MasyaAllah.

Namun, jika masih terasa berat, paksalah diri. Insya-Allah, dengan kebiasaan dan kesungguhan, ibadah itu lama-kelamaan akan terasa ringan, bahkan mungkin kita akan dapat melaksanakan solat sunat rawatib yang lain juga. 

Semoga usaha kecil yang kita lakukan ini, besar imbalan di sisi-Nya.

Jom #BuatBaik!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment