Uganda merupakan antara negara termiskin disebabkan faktor sektor ekonomi di sana yang tidak berkembang.

Sebagaimana mereka yang memerlukan di Malaysia, terdapat negara miskin yang jarang kita ambil peduli seperti Uganda, Afrika. Negara yang bergantung kepada sektor pertanian tadahan hujan sebagai sumber ekonomi utama ini sering mengalami kemerosotan oleh kerana gangguan cuaca.

Oleh sebab keadaan di sana yang tidak stabil, rakyat Muslim di sana sentiasa hidup dalam ketidakcukupan, dengan kurangnya air serta bekalan makanan. Apatah lagi apabila mereka ini tergolong dalam kalangan yang istimewa juga iaitu OKU. Kebutuhan untuk hidup sahaja tidak mencukupi, belum lagi isu keperluan kesihatan yang semestinya lebih banyak dari mereka yang normal.

Seperti yang dijanjikan Allah SWT untuk mereka yang mengasihi anak-anak syurga, lebih besar pahalanya mereka yang juga tidak cukup tetapi masih sahaja sanggup menghulurkan untuk golongan seperti ini.

Sehubungan itu, sebuah kempen dari organisasi dari Uganda iaitu Al-Salam Charity Foudation telah dijalankan bagi tujuan untuk mengutip dana supaya dapat disalurkan buat saudara kita di sana dari segi makanan serta tanda prihatin dengan kondisi mereka.

Melalui kempen tersebut juga, bantuan bakal menyeluruh kepada ribuan penerima manfaat termasuk pembelian kerusi roda kepada warga yang tidak sihat serta kurang secara fizikal.

Berkat dari jasa para penderma di platform sumbangan.com, kutipan yang disasarkan telah tercapai dan Al-Salam Charity Foundation semestinya telah mengagihkan bantuan seberapa cukup dengan dana yang diterima.

Insya-Allah. Kebaikan yang diberikan, kebaikan juga yang bakal diterima.

Jom #BuatBaik di sumbangan.com!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment