Di daerah Klaten dan Karanganyar, Indonesia, masih ramai anak-anak asnaf, pelajar tahfiz, dan anak yatim yang menantikan ihsan daripada insan budiman seperti anda. Mereka tidak meminta lebih, hanya mengharapkan ada yang sudi berkongsi rezeki, walau hanya seketul daging korban.
Tahun ini, sekali lagi sumbangan.com mengajak anda untuk menyantuni mereka melalui ibadah korban. Dengan hanya satu ekor kambing, anda mampu membawa cahaya kegembiraan dan makanan berkhasiat buat anak-anak ini pada Hari Raya Aidiladha yang mulia.
Insya-Allah, pelaksanaan akan diuruskan oleh Ustaz Reza Kaeliana, wakil amanah kami di Indonesia yang telah bersama mengendalikan ibadah korban ini selama tiga tahun berturut-turut.
Setiap korban yang dilaksanakan pastinya penuh teliti, patuh syarak, dan diagihkan kepada mereka yang benar-benar layak.
Oleh itu, jangan tunggu lama-lama kerana slot adalah terhad!
Korban Lebih Mudah, Pahala Lebih Dekat bersama korban.sumbangan.com.