Dikisahkan tentang puteri bongsu Rasulullah SAW, Fatimah Az-Zahra r.a. yang pada ketika itu hanya memiliki sedikit roti untuk keluarganya.

Pada ketika itu juga, ada seorang miskin datang meminta makanan, dan tanpa berfikir panjang, beliau hulurkan roti tersebut walau dirinya juga lapar.

Tidak lama kemudian, seorang anak yatim dan tawanan datang meminta pertolongan. Dengan seikhlasnya, tetap diberikan meski roti itu sudah hampir habis.

Lalu Allah SWT berfirman yang memuji mereka:

“Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan.” (Surah Al-Insan, Ayat 8)

MasyaAllah.

Kisah ini mengingatkan kita bahawa pemberian sedekah yang kecil pada pandangan manusia, tetap besar di sisi Allah jika diberi dengan hati yang ikhlas. 

Jangan pernah menangguh untuk berbuat kebaikan, kerana setiap keberkatan yang kita cari, hakikatnya hanya datang dari Allah SWT.

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment