Mekah, Indonesia & Kemboja adalah antara negara pilihan kami dalam pelaksanaan korban. 

Penerima daging korban di Mekah semestinya untuk para jemaah di tanah haram dan masyarakat setempat. 

Manakala di Indonesia dan Kemboja akan disampaikan kepada anak-anak asnaf, yatim piatu dan anak-anak tahfiz yang susah.

Setiap negara diwakili oleh para ustaz yang berpengalaman dalam pelaksanaan korban, alhamdulillah korban pada dua tahun tersebut berjalan dengan begitu lancar dan semestinya mengikut syariah.

Kenapa ada yang melaksanakan ibadah korban di luar negara sedangkan di sini sahaja masih ramai yang belum merasa daging korban? 

Hal ini kerana pakej korban di luar negara lebih bersifat ekonomi. Jadi, sesiapa sahaja pun insya-Allah mampu dan boleh menyempurnakan ibadah korban mereka. 

Jom! Semoga dengan kebaikan yang kita sampaikan akan mendapat kesejahteraan serta keberkatan dalam rezeki. Amin.

Author

Write A Comment