Kita sering beralasan setiap kali perlu menggunakan duit untuk sesuatu yang bukan keperluan. Tetapi bila untuk kemahuan? Cepat sahaja kita belanjakan.

Antara cara paling mudah untuk konsisten ialah menjadikan sedekah sebagai komitmen bulanan.
Setiap kali gaji masuk, letakkan sedekah bersama senarai bil yang perlu diselesaikan sebagai “komitmen wajib” yang tidak ditangguhkan.

Usahawan mahu kongsi rezeki - Utusan Malaysia

Apabila kita mengutamakannya, disiplin itu terbina sendiri. Malah, kita akan rasa “kehilangan” apabila terlepas bersedekah.

Masya-Allah.

Satu lagi cara memudahkan adalah dengan menyertai Kempen Berterusan di sumbangan.com dan tetapkan sumbangan bulanan pada tarikh pilihan.

Dengan hanya RM5 sahaja, insya-Allah kita dapat membina ladang pahala yang terus berkembang.

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kananNya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang daripada kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda, sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.” (HR Al-Tirmidzi)

Jom #BuatBaik!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment