Setelah berdekad-dekad lamanya sejarah tentera zionis, Israel menyerang Palestin, menindas mereka seolah-olah mereka tidak punya nilai, rakyat Palestin telah bangkit! Allahu Akbar!

Serangan yang tidak diketahui pihak antagonis itu telah membawa kepada pertumpahan darah apabila pihak Hamas, Briged Al-Qassam bertindak pada ketika Yahudi sedang meraikan perayaan mereka.

Dikatakan serangan tersebut tidak terjangka oleh sebab selama ini mereka hanya berdiam diri, padahal perkara sama sudah pernah berlaku kira-kira 50 tahun lalu. Serangan yang sama telah berlaku itu dipimpin oleh para mujahid dari Mesir dan Syria, manakala serangan kali ini secara jelas hanya dari tentera Palestin.

Tindakan pejuang Islam ini dikatakan akibat Israel yang telah mencemarkan nama baik Masjid Al-Aqsa serta peningkatan keganasan telah menambah api kemarahan dalam kalangan saudara-saudara muslim kita di sana. Dengan melancarkan lebih 5,000 roket ke arah Israel, mereka kemudiannya disertai pejuang-pejuang jihad Islam dari Palestin memasuki kawasan sempadan dan berperang dengan tentera zionis.

Ashkelon, Israel yang turut terjejas dalam serangan roket tentera Hamas.

Serangan mengejut tersebut jika dibandingkan dengan berdekad serangan dari kaum tersebut jika dikatakan tidaklah seberapa. Namun begitu, semestinya Israel menganggap serangan yang tidak dijangka itu sebagai ancaman dan tindak balasnya, mereka melancarkan ‘Operasi Pedang Besi’ terhadap pejuang Hamas.

Dalam kejadian tersebut, ramai mujahid yang terkorban termasuk pemimpin Hamas sendiri, Ayman Younis turut sama terbunuh. Tambahan, hentaman dari Israel telah menyebabkan banyak bangunan tinggi di tanah Palestin mula runtuh, termasuk masjid yang dibina atas dana rakyat Malaysia, Masjid Al-Amin Muhammad oleh Muslim Care Malaysia.

Keadaan masjid yang dibina atas sumbangan rakyat Malaysia, kini rebah.

Walau bagaimanapun, perjuangan saudara-saudara kita tidak akan terhenti di situ. Kita harus bangkit bersama menyokong mereka dalam mempertahankan maruah Masjid Al-Aqsa, kiblat pertama kita dan tanah air mereka, sebuah pusat yang Allah SWT gambarkan penuh keberkatan!

Orang Yahudi sepertimana yang tertulis dalam Surah Al-Hashr, ayat 14;

(Orang-orang Yahudi dan orang-orang munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. (Sebabnya): permusuhan di antara mereka sesama sendiri amatlah keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah belah (disebabkan berlainan kepercayaan mereka). Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka).

Surah Al-Hashr, 14

Tanah yang dirampas melalui darah dan air mata rakyat Palestin, rumah-rumah yang didiami warga Yahudi setelah menghalau nyawa-nyawa yang tidak berdosa, sifat asli mereka ini telah dirakam di dalam al-Quran.

Semoga wujud keadilan buat saudara-saudara kita di sana. Amin Ya Rabb.

Jom #BuatBaik di sumbangan.com!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan🤍

Author

Write A Comment