Dalam kita berurusan sehari-harian, pastinya kita tidak lari dalam membuat keputusan, sama ada penting atau tidak. Terkadang ada yang sehingga memakan masa lama dan menjejaskan konsentrasi kita.

“…dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang-orang yang beriman.”

(Al-Ma’idah: 23)

Justeru, pohonlah petunjuk dari-Nya dengan hanya solat sunat 2 rakaat, iaitu Solat Sunat Istikharah sebagaimana yang diamalkan Rasulullah SAW.

Sama-sama kita pelajari dan asah pemahaman kita tentang kaifiat solat sunat ini.

  1. Niat: أصلي سنة الإستخارة ركعتين لله تعالى (Usolli sunnatal istikharati rak’ataini lillahi taala)
    “Sahaja aku solat sunat istikharah kerana Allah Taala.”
  2. Rakaat yang pertama selepas membaca al-Fatihah seperti biasa, boleh baca surah al-Kafirun atau mana-mana surah pilihan
  3. Rakaat yang kedua selepas membaca al-Fatihah, boleh baca surah al-Ikhlas atau mana-mana surah pilihan
  4. Di sujud terakhir, baca tasbih ini sebanyak 40 kali:
    سُبْحَانَكَ لَا عِلْمَ لَنَا إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَا ۖ إِنَّكَ أَنتَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
    (Subhanaka la ilma lana illa ma allamtana innaka anta al-alimul hakim)
    “Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
  5. Selesai solat, boleh baca mana-mana doa yang diajarkan Nabi SAW, atau doa seperti ini dan ulanginya 3 kali;

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ، وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ، فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ، اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي ـ أَوْ قَالَ عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ـ فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ، وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي ـ أَوْ قَالَ فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ ـ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ، وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي بِهِ

 (Allahumma inni astakhiruka bi’ilmika, Wa astaqdiruka bi-qudratika, Wa as’alaka min fadlika Al-`azim Fa-innaka taqdiru Wala aqdiru, Wa ta’lamu Wala a’lamu, Wa anta ‘allamu l-ghuyub. Allahumma, in kunta ta’lam anna hadha-lamra Khairun li fi dini wa ma’ashi wa’aqibati `Amri (au qala ‘ajili `Amri wa’ajilihi) Faqdirhu wa yas-sirhu li thumma barik li Fihi, Wa in kunta ta’lamu anna hadha-lamra shar-run li fi dini wa ma’ashi wa’aqibati `Amri (au qala fi’ajili `Amri wa ajilihi) Fasrifhu anni was-rifni anhu. Waqdir li al-khaira haithu kana thumma ardini bihi.)

Ya Allah, aku memohon petunjuk kepadaMu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaanMu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung keranan sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah! Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebut secara langsung urusan yang dimaksudkan) adalah sesuatu yang baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan akibat perbuatanku ini, atau ia baik untukku dalam masa terdekat atau masa hadapan, maka tetapkan ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Berkatilah diriku padanya kerana Engkau Maha Mengetahui (sebut seperti sebelum ini). Jika ia tidak baik untukku, jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadilah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.”

Semoga kita diberi ketenangan hati dan reda akan apa yang ditetapkan oleh-Nya.

Jom #BuatBaik!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment