Kata orang, yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Setiap yang pergi meninggalkan kita pasti akan Allah SWT gantikan, tidak kira dalam apa jua bentuk.

Namun, sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk berasa sedih apabila kehilangan sesuatu. Kehilangan sama ada keluarga, pasangan, atau harta benda sekalipun, pasti kita akan berasa sedih dan menganggap bahawa kesedihan itu adalah perkara biasa.

Ada yang makan hari, ada yang makan bulan, bahkan ada yang makan tahun untuk sembuh dari luka akibat kehilangan.

Tidak dapat dinafikan rasa kehilangan itu amat berat, dan boleh beri luka yang mendalam…

Akan tetapi, tahukah bahawa mereka yang tergolong dalam kalangan yang jelas dan percaya dengan takdir Allah SWT, akan lebih bersabar dan menerima?

Jika mereka termasuk di antara orang yang diberikan keberkatan dan petunjuk dari Allah SWT pasti akan menghiburkan hati sendiri dengan mengucapkan,

Innalillahi wa inna ilaihi roji’un.

‘Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.’

Mereka tahu bahawasanya bukan sesuatu yang mereka hilang, melainkan ada ‘titipan’ yang sudah tiba masanya untuk dikembalikan. Masya-Allah.

Setiap orang yang mempunyai akidah seteguh itu pastinya dapat menerima segalanya dengan berlapang dada, dan percayalah bahawa jika kita berusaha untuk tergolong dalam kalangan mereka ini, nescaya kita akan diganjarkan syurga pada hari akhirat kelak.

Sabda Rasulullah SAW,

“Sesungguhnya semua urusannya baik dan ini bukan untuk siapa pun kecuali orang beriman. Jika sesuatu kebaikan/kebahagiaan menimpanya, dan dia bersyukur maka itu baik untuknya. Jika sesuatu yang merugikan menimpanya, dan dia sabar maka itu baik untuknya,”

(HR. Muslim)

Sedih itu tidak mengapa, tetapi jangan terlalu lama, dan jangan pula sehinggakan tidak meredhakan kepergian insan tersayang. Justeru, sama-sama kita teguhkan iman kita dan taat kepada perintah Allah SWT agar hati kita lebih tenang dan redha akan segala yang berlaku.

Jom #BuatBaik!

sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.

Author

Write A Comment