Sepanjang kita menjalani hidup sebagai khalifah di muka bumi ini, sering kali kita melihat pengemis jalanan, mahupun kempen-kempen seumpamanya di media sosial.
Namun, sering kali itu juga tidak kita endahkan, cuba untuk tidak bertentang mata dengan mereka, atau ‘skip’ jika kandungan seperti itu lalu di ‘feed’ media sosial kita.
Sedangkan, baginda SAW, insan yang dijamin syurga, yang tidak berharta sekalipun, tidak pernah terlepas peluang untuk memberikan apa sahaja yang dimiliki ke jalan Allah SWT.
Justeru, melalui penulisan ini, bersama kita renungkan kembali betapa besarnya sedekah untuk dunia dan akhirat kita.
Pertama, kunci kepada penghapus dosa.
Sabda Rasulullah SAW, “Sedekah dapat memadamkan dosa sebagaimana air memadamkan api.” (Riwayat At-Tirmidzi)
Kedua, dengan melazimi sedekah, insya-Allah kita dapat membersihkan hati dan harta.
Surah Al-Lail, ayat 18, Allah SWT ada menyebut, “Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan harta bendanya,”.
Ketiga, sedekah dapat membantu kita mencapai ketakwaan seorang Muslim yang sesungguhnya.
Allah berfirman, “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi…” (Surah Ali-Imran: 92)
Dan, keempat, sedekahlah untuk keselamatan dunia akhirat.
“Peliharalah diri kamu daripada api (neraka) walaupun hanya dengan separuh biji kurma (disedekahkan);…” (Riwayat Al-Bukhari)
Indahnya sedekah tidak hanya terhad dalam bentuk wang semata, tetapi bernilai tinggi untuk niat yang murni.
Jom #BuatBaik!
sumbangan.com,
Memudahkan Kebaikan.